Siapa je tak suka kejutan daripada suami atau isteri masing-masing kan? Tidak kiralah sama ada hadiah yang diberikan itu mahal atau biasa-biasa saja, jika ia hadir daripada insan yang kita cintai pasti akan menjadi lebih bermakna. Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @zielawilhelmina sempena hari ulang tahunnya.
BACA: Isteri Tak Nampak, Gelagat Aeril Ambil Kesempatan Susukan Baby Lawak Habis
Gigih bagi surprise istimewa…tapi isteri selamba kata tak cukup
Sewaktu ingin masuk ke dalam kereta, suaminya iaitu Shah menyuruh wanita yang lengkap berpakaian serba kuning itu supaya mengambil sejenis barang di bahagian bonet kereta. Meskipun mengeluh pada awalnya, namun Ziela terus melemparkan senyuman terhadap lelaki tersebut kerana rupa-rupanya ada kejutan berupa jambangan wang bunga yang terdapat dalam kenderaan tersebut. Namun apa yang lucunya, dia telah mengadu bahawa jumlah wang yang diberikan itu masih belum cukup buatnya.
@zielawilhelmina Happy Birthday To Me 🎂 Tq husband ❤️ @shah_ynwa #awekkajang #kesayanganshah #tiktokmalaysia #tiktokindo #foryou #fyp #masukberanda
Nak buat kejutan tapi suami pula yang terkejut…sekali pandang pun dia sempat kira duit tu
Sebaik mendengar ayat tersebut, Shah terus membuat reaksi muka yang agak menjengkelkan serta menegurnya kembali. Siapa sangka, babak spontan antara suami isteri ini telah meraih lebih 600 ribu jumlah views setakat ini. Di samping terhibur dengan dialog terakhir Ziela, rata-rata netizen turut berseloroh bahawa dia sempat kira duit itu sebelum menyatakan bahawa ia belum cukup lagi.
Sumber: TikTok zielawilhelmina
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura