Kekal Ramping Di Aidilfitri? Ikuti Tips Diet Berkonsep ‘Eating Window’ & ‘OMAD’

Menjelang bulan Syawal nanti, pastinya ramai yang tidak sabar untuk bertandang ke rumah sanak-saudara dan rakan taulan. Kalau dah beraya ke pelbagai tempat, banyak jugalah juadah yang akan disuap ke dalam mulut lebih-lebih lagi jika bertandang ke majlis rumah terbuka. Dalam kemeriahan tersebut, jangan pula seronok makan sampai terlupa untuk menjaga kesihatan. Oleh yang demikian, seorang wanita bernama malinda yang juga merupakan penasihat kesihatan ada berkongsikan pelbagai tips agar anda kekal ramping di hari raya nanti!

Baca : Jangan Bagi Pegang Sesuka Hati, Ikuti Perkongsian Tips Raya Dengan Bayi Kecil!

Gambar sekadar hiasan

Bukan tak boleh enjoy, tapi berpada-padalah…

Walaupun bulan Syawal ini boleh disifatkan sebagai bulan ‘food festival’, itu tidak bermakna kita boleh makan sebanyaknya mengikut nafsu.

Bagi ruang untuk kekalkan berat badan

Boleh juga mempraktikkan konsep ‘cheated-day’ ketika Syawal ini. 

Sehari seminggu makan lebih banyak akan membantu proses metabolisme

Namun begitu, konsep ‘cheat day’ juga perlu dirancang sebaiknya. Bukan itu sahaja, bagus juga kalau anda mengikuti puasa sunat 6 Syawal.

Ambil maksimum 2 hari saja untuk ‘cheat day’

Gambar sekadar hiasan

Kalau tak beraya, makan sekali sehari sahaja (OMAD-One Meal A Day)

Bukan OMAD sahaja, malahan anda juga boleh mencuba konsep ‘Eating Window’ iaitu cuba untuk ‘mengabaikan’ beberapa waktu makan.

Sesuaikan dengan plan raya anda…

Jangan ambil minuman bersoda…

Gambar sekadar hiasan

Ambil makanan dalam portion yang sedikit…

Kunyah 40 kali supaya otak dapat kesan horm0n kenyang

Elakkan makan lewat malam kerana usus perlu berehat

Gambar sekadar hiasan

Anda boleh juga membawa sebotol air kosong ketika pergi beraya memandangkan kebanyakan rumah yang disinggah memang menyediakan air manis sahaja.

Pastikan minum air secukupnya…

Cukupkan fiber dan air…Ambil makanan yang tinggi probiotik

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Malinda Mohd Ali

Apa Komen Anda?