Keletah Comel Pak Haji Ikut Anak Menari #AnySongChallenge Mencuit Hati Netizen

Aplikasi TikTok kini sudah menjadi fenomena di seluruh dunia. Setiap hari akan ada sahaja challenge baru yang akan menjadi ikutan para pengguna aplikasi tersebut. TikTok yang merupakan medium hiburan itu juga dapat merapatkan ukhuwah sesama insan seperti rakan-rakan dan juga keluarga. Antara video TikTok yang telah viral baru-baru ini telah memaparkan seorang gadis menari bersama bapanya dalam usaha menyahut cabaran #AnySongChallenge.

BACA: [VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini

Step tak betul, tetapi tetap menghiburkan

Video yang dikongsi pengguna Twitter dikenali sebagai Mursyidah tersebut telah berjaya meraih sebanyak 31 ribu tanda suka setakat ini. Apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat bapa kepada gadis itu mengikut anak perempuannya menari lagu Any Song. Bapanya kelihatan sangat sporting melayan karenah anaknya.

Advertisement

Advertisement

Menari dengan kain pelikat dan kopiah

Bapa Mursyidah yang hanya berkain pelikat dan berkopiah itu kelihatan bersungguh-sungguh ingin menari bersama. Walaupun steps agak kelaut, namun gelagat bapanya itu sungguh comel dan menghiburkan. Mursyidah dan bapanya juga berjaya melakukan tarian itu sehingga ke penghujungnya.

#AnySongChallenge semakin popular

Bagi mereka yang tidak tahu, #AnySongChallenge ini adalah salah satu cabaran yang kini semakin trending di seluruh dunia. Cabaran ini semakin popular selepas seorang penyanyi K-Pop, Zico merakamkan dirinya menari tarian tersebut di Twitter dan seterusnya menjadi ikutan para pengikutnya.

Advertisement

Advertisement

Nak gusti ke karate ni

Rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan Mursyidah itu. Kecomelan yang ditonjolkan ‘Pak Haji’ itu turut membuatkan netizen berasa geram memandangkan perangainya cukup sporting.

 

Advertisement

Sumber: Twitter mursyidah32 & pinkot9

Advertisement

Apa Komen Anda?