Isu Semasa

Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara

Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara

Sharing is caring!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negara masuk ke fasa kedua, hukuman yang dilaksanakan adalah lebih ketat dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu diperkenalkan berbanding fasa pertama. Oleh itu, mereka yang ingkar akan ditahan sama ada dikompaun secara terus atau diberi jaminan polis untuk pulang.

BACA: Terkejut Kawan Baik Pergi Kerana COVID-19, Ketua Kampung Akui Timbul Rasa Takut

Nasib tidak baik

Menurut Harian Metro, seorang pelajar tingkatan 6 telah ditahan di bawah kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat keluar dari rumah hanya untuk membeli mi segera. Pelajar yang dikenali sebagai Man telah ditangkap  dan kini ditahan reman di Penjara Marang.


Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara
Kredit: Harian Metro

 

Terpaksa keluar akibat lapar

Man menjelaskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, dia tidak pernah keluar malahan hanya menghabiskan masa dengan aktiviti permainan video. Namun, akibat lapar pada waktu malam dia telah bertindak keluar untuk ke kedai bersama sepupunya bagi membeli mi segera di kedai  berhampiran menaiki motor.

Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara
Gambar sekadar hiasan

 

Tidak tahu tarikh perbicaraan

Man dan sepupunya telah ditahan reman sehingga menunggu untuk dibicarakan. Tapi malangnya, tarikh perbicaraan masih tidak diketahui memandangkan sekarang adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Walaupun dibenarkan untuk ikat jamin, tetapi keluarganya yang kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan wang jaminan RM800 tersebut.


Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara
Gambar sekadar hiasan

 

Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber: Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara

Sharing is caring!