Inspirasi Kehidupan Viral

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Sekitar tahun 1996 dahulu, Raihan dianggotai 5 ahli antara salah satu kumpulan nasyid yang benar-benar popular. Lagu mereka berjudul ‘Iman Mutiara’, ‘Sesungguhnya’ dan ‘Demi Masa’ seringkali muncul di corong radio hinggakan ia masih dihafal sehingga sekarang. Pun begitu, tindakan bekas vokalisnya, Ustaz Nazrey Johani yang menarik diri pada 2006 dahulu cukup mengejutkan netizen.

BACA : Viral Anak Pelakon Dapat Jadi Pensyarah Di Korea, Kecantikannya Dipuji Netizen

Selepas timbang baik buruk & sayangkan agama, beliau pilih untuk fokus 100% dakwah di Sabah

Bersama perkongsian daripada saudara Taufiq Razif, kisah di sebalik insan bernama Nazrey Johani nyatanya mencetuskan inpirasi. Mengundur diri ketika nama Raihan sedang berada di puncak, kemudian beliau telah menerima panggilan daripada seorang pendakwah dari Sabah yang akhirnya memacu dirinya untuk terlibat dalam kerja-kerja dakwah dan kemanusiaan.

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Bayangkan masa tu Ustaz Nazrey antara artis paling terkenal di Malaysia…Jualan albumnya saja lebih 800,000 unit

Perlu memilih di antara kerjaya di dunia popular vs agama Islam, akhirnya Allah menjawab segala keraguan Ustaz Nazrey hanya dalam masa 10 hari. Walaupun berlaku perubahan drastik dalam hidupnya iaitu daripada ‘seseorang yang dijulang’ menjadi ‘insan biasa’ di kampung pedalaman, namun pilihan itu cukup membahagiakan sekali.

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Raihan catat banyak rekod cemerlang ketika zaman populariti dahulu

Sebagai rekod, terdahulu Raihan bukan sahaja menjadi fenomena besar di Malaysia sebaliknya turut dikenali di luar negara seperti Afrika, Eropah, Timur Tengah, Amerika dan banyak lagi. Lagu-lagu mereka juga berjaya menarik minat pengikut negara luar untuk belajar pertuturan Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Berikut adalah beberapa pencapaian lain Raihan yang pernah dicatatkan :

  1. Pernah dijemput Ratu Elizabeth II bagi buat show di sebuah mesyuarat rasmi di Edinburgh.
  2. Album pertama berjudul ‘Puji Pujian’ terjual lebih 1.5 juta unit, menjadi album paling laris di Malaysia & belum ada artis lain yang kalahkan rekod hingga sekarang.
  3. Keseluruhan 18 album (termasuklah kompilasi) terjual lebih 3.5 juta unit bersama jualan antarabangsa.
  4. Memenangi 17 trofi Anugerah Industri Muzik (AIM).

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Kredit : FB Taufiq Razif, Portal Oh Bulan & mStar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Keluar Raihan Ketika Populariti ‘Menggila’, Kisah Inspirasi Ustaz Nazrey Johani

Facebook

Telegram

Kasut