Isu Semasa

Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Sharing is caring!

Kejadian rompakan sering berlaku di mana-mana sahaja malah boleh menggugat keselamatan orang awam. Oleh itu, masyarakat perlu berhati-hati terutamanya jika berada di luar kawasan rumah. Hal ini kerana, ia boleh terjadi di kawasan tak terjangka termasuklah kawasan lampu isyarat seperti yang dialami sebuah keluarga baru-baru ini.

BACA: Bayi Songsang Doktor Dedahkan Detik Cemas Wanita Bersalin Dalam Ambulans

Cermin kereta dipecahkan perompak…Cuba untuk mengambil handbag

Menerusi group Facebook Warga Kuantan Official, Puan Siti Nor Azura berkata keluarganya semalam dalam perjalanan balik ke rumah usai membeli barangan di sebuah pasaraya. Sewaktu menantikan lampu isyarat bertukar hijau, tak semena-mena mereka telah didatangi seorang perompak yang kemudiannya bertindak memecahkan cermin kereta. Suspek yang menaiki motosikal tersebut telah cuba merembat beg tangan milik wanita tersebut.


Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Menjerit ketakutan…Perompak gagal mengambil beg & melarikan diri

Dalam keadaan ketakutan, Puan Siti Noor Azura bertindak dengan menjerit sekuat hati sehingga membuatkan individu terbabit gagal mengambil beg tangan dan terus melarikan diri. Sejurus kejadian itu, keluarga ini terus menuju ke balai polis bagi membuat laporan. Masih belum hilang ‘trauma’, wanita ini tetap menyeru individu yang turut berada di tempat kejadian agar turut membantu siasatan berhubung insiden terbabit.

Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Wanita diingatkan sentiasa berwaspada…Banyak kejadian serupa di lokasi yang sama

Susulan kejadian tak terjangka itu, pihak polis mengingatkan golongan wanita agar sentiasa berjaga-jaga ketika membawa barangan peribadi atau berharga masing-masing. Selain sering menjadi sasaran mudah perompak, memang tak dinafikan kawasan tersebut adalah ‘hotspot‘ jenayah seperti dialami Puan Siti Nor Azura.


Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Sumber: Facebook Warga Kuantan Official

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini