Isu Semasa

Keluarga Nekad Koyak Pembalut Jasad COVID-19, Satu Kampung Berisiko Dijangkiti

Keluarga Nekad Koyak Pembalut Jasad COVID-19, Satu Kampung Berisiko Dijangkiti

Sharing is caring!

Berbeza dengan jasad orang lain, pengurusan individu yang telah dijangkiti COVID-19 hendaklah dibalut dengan beberapa lapisan plastik terlebih dahulu sebelum dikebumikan. Tanpa mengira latar belakang agama, setiap ahli keluarga juga malah tak dibenarkan terlibat dalam proses pengebumian bagi mengelakkan wabak itu merebak kepada lebih ramai orang.

BACA:Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira

Berada dalam tempoh kuarantin COVID-19

Namun begitu, baru-baru ini sebuah keluarga di Indonesia telah mencetuskan sensasi apabila bertindak membawa pulang jasad seorang patient COVID-19 dengan menggunakan kenderaan persendirian. Terdahulu, wanita berusia 34 tahun yang juga merupakan warga daerah Kolaka itu telah menunjukkan simptom-simptom wabak COVID-19 selepas menjalani ibadah umrah pada 2 Februari 2020.


 

Koyakkan pembalut plastik keselamatan

Lebih mengejutkan, pihak keluarganya bertindak membuka pembalut yang telah disteril oleh pihak perubatan di kediaman mereka. Malah kawasan itu juga penuh dengan kehadiran ramai tetamu. Difahamkan, Allahyarhamah telah menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 di Bahteramas Sulawesi Tenggara tetapi keputusannya hingga kini masih belum diketahui.

Berpotensi menyebarkan wabak kepada orang ramai

Menurut pengguna FB bernama Aishah Lokman, dia telah menzahirkan rasa bimbang terhadap tindakan keluarga tersebut yang boleh mengakibatkan peningkatan penularan wabak COVID-19. Difahamkan kini seluruh kawasan kampung di Kolaka telah diarahkan bagi menjalani tempoh kuarantin daripada pihak keselamatan Indonesia. 


 

Keluarga Nekad Koyak Pembalut Jasad COVID-19, Satu Kampung Berisiko Dijangkiti

Sumber: Facebook  Aishah Lokman & Kompas Tv 


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Keluarga Nekad Koyak Pembalut Jasad COVID-19, Satu Kampung Berisiko Dijangkiti

Sharing is caring!