Cinta Family Inspirasi

Keluarga Sinclair Balik Malaysia, Ibu Ashraf Janji Selalu Lawat Bunga & Noah

Keluarga Sinclair Balik Malaysia, Ibu Ashraf Janji Selalu Lawat Bunga & Noah

Sharing is caring!

Sudah seminggu berlalu sejak pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair. Dia yang menghembuskan nafas terakhir kerana heart attack telah menjadi kejutan kepada orang ramai yang tidak menyangka dia akan pergi secepat itu. Sehingga kini, pusaranya masih lagi dikunjungi para tetamu termasuklah ahli keluarga dan sahabat handai yang sanggup datang dari jauh. Selain itu, mereka turut menenangkan Bunga Citra Lestari dan Noah.

BACA: Tak Ralat Pemergian Suami, Bunga Citra Lestari Sedia Kembali Bekerja

Berangkat pulang ke Malaysia

Ibu kepada Ashraf Sinclair, Khadijah A Rahman telah berkongsi sekeping gambar di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya bersama suami dan Aishah Sinclair. Dia memaklumkan bahawa keluarganya telah berangkat pulang ke tanah air. Wanita ini meluahkan rasa syukur kerana ternyata anaknya itu disayangi ramai. Dia turut memohon supaya mereka semua sentiasa menyedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.


Keluarga Sinclair Balik Malaysia, Ibu Ashraf Janji Selalu Lawat Bunga & Noah

Akan selalu melawat Bunga & Noah 

Wanita yang lebih mesra dipanggil Dida Sinclair ini juga memberitahu bahawa dia akan selalu ke Jakarta untuk melawat Bunga dan cucunya, Noah. Malahan, ibu Allahyarham berkenaan berkata dia sayang akan semua yang mencintai anaknya dan turut berpesan untuk sentiasa melakukan kebaikan agar dapat bersama dengan anaknya di Jannah kelak.

Antara ibu mentua yang terbaik

Perkongsian tersebut telah meraih lebih daripada 67 ribu tanda suka setakat ini. Rata-rata netizen mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Ashraf dan mendoakan agar keluarga ini sentiasa bahagia. Dalam pada itu, ada juga berkata di ruangan komen bahawa Dida Sinclair adalah ibu mentua yang sangat baik untuk Bunga.


Keluarga Sinclair Balik Malaysia, Ibu Ashraf Janji Selalu Lawat Bunga & Noah Keluarga Sinclair Balik Malaysia, Ibu Ashraf Janji Selalu Lawat Bunga & Noah Keluarga Sinclair Balik Malaysia, Ibu Ashraf Janji Selalu Lawat Bunga & Noah

Sumber: Instagram Khadijah A Rahman-Sinclair


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Keluarga Sinclair Balik Malaysia, Ibu Ashraf Janji Selalu Lawat Bunga & Noah

Sharing is caring!