Kemain Tayang MINI Cooper, Lelaki Ini Geram Member Liat Bayar Hutang RM600!

Menjadi adat dalam meminjam wang, kita seharusnya bertanggungjawab untuk membayarnya semula. Namun malangnya di zaman kini, kebanyakan orang yang memberi wang pula terpaksa merayu untuk menuntut semula hak mereka. Demikianlah hal yang menimpa seorang lelaki ini tatkala rakannya sendiri liat membayar hutang. Dia sempat meluahkan rasa kecewa di Twitter dan perkongsiannya telah mendapat hampir 4000 retweets!

Baca : Hanyut Dek Cinta, Gadis 17 Tahun Ini Sanggup Hutang 7 Along Sara Teman Lelaki!

Lebih mengejutkan, rakannya itu mampu memiliki sebuah kereta mewah padahal hutangnya masih belum berbayar.

Masa nak pinjam merayu sebab nak bayar sewa rumah

Perkara itu diketahui apabila rakannya mula menayangkan kereta mewahnya ke Twitter.

Allah bagi cash je…

Lelaki ini sudah banyak kali meminta rakannya untuk membayar hutang. Namun respon yang diterima adalah sangat mengecewakan.

Hutang aku takkan boleh bayar? RM600 je pun…

Post ini jalan terakhir untuk menagih hutang… 

Dia merayu dekat aku…Janjinya minggu depan nak bayar (2017)

Sebulan sekali aku minta…Aku pun nak guna duit

Lelaki ini memberi pinjam atas dasar simpati apabila mendengar kesusahan rakannya. Namun  siapa sangka, inilah balasan yang diperolehi selepas membuat kebaikan.

Aku ni senang luluh hati…

Orang dah tolong, fahamlah balik keadaan aku

Aku kena tukar duit travel demi kelangsungan hidup…

Aku naik angin bila dia post  kereta mewah…Aku kereta biasa je

Rupa-rupanya, bukan lelaki ini sahaja malahan ramai yang sudah terkena.

Mula-mula serba salah nak tweet

Kita bangkit sesama banteras manusia macam ni

Sumber : Twitter Anak Cik Nan

Apa Komen Anda?