Family

Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada”

Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada”

Sharing is caring!

Rumah tangga manalah yang tidak dilanda badai, kan? Pada bulan lepas, kita juga dikejutkan dengan pergolakkan rumah tangga YouTuber masakan terkenal iaitu Sugu dan Pavithra. Atas sedikit salah faham, mereka dikatakan bergaduh sehingga nekad memadamkan semua video masakan yang telah dimuat naik.


BACA: Resipi Masakan YouTube Belum Ditamatkan, Sugu Pavithra Umum Bakal Muncul Semula

Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada”

Selalu melihat mereka ketawa bersama…tetapi masih ada masalah yang dihadapinya

Namun, mujur ketegangan itu sudah kembali jernih. Seakan-akan terkesan sama dengan isu dalaman suami isteri berbangsa india tersebut, seorang pakar motivasi bernama Mizan Dzai berkongsikan pendapatnya di Facebook. Menyifatkan dirinya terasa dekat dengan keluarga YouTuber berkenaan, lelaki ini sedar bahawa mereka juga tidak lari daripada ‘angin badai’ dalam rumah tangga meskipun terlihat bahagia sebelum ini.


Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada”

Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada”

Suami isteri sepatutnya tahu peranan masing-masing…agar rumah tangga lebih teratur

Lelaki ini pun turut memberikan beberapa contoh berkaitan dengan peranan suami dan isteri supaya rumah tangga lebih harmoni. Antara tips yang diberikan oleh motivator ini adalah suami sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri kerana perkahwinan tiada ertinya apabila kekasaran menguasai diri. Bukan itu sahaja Mizan juga menasihati kepada suami isteri supaya meletakkan hak masing-masing di tempat yang sepatutnya dan ia pasti akan membuatkan rumah tangga lebih bahagia.


Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada” Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada” Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada”

Kemelut Rumah Tangga Sugu-Pavithra, “Hargailah Partner Selagi Mereka Masih Ada”
Kredit Foto: FB Mizan Dzai

Sumber: FB Mizan Dzai

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!