Viral cinta * perhubungan Kehidupan

Kemurungan Berpisah Dengan Suami, Anak Buntu Ibu Hidup Merata Macam Gelandangan

Kemurungan Berpisah Dengan Suami, Anak Buntu Ibu Hidup Merata Macam Gelandangan

Siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan dengan suami yang diimpikan kekal ke penghujung usia rupanya terhenti di tengah jalan? Perit tapi benar, begitulah dugaan besar yang terpaksa dihadapi oleh wanita bernama Masuri Aida Samsuddin ini. Fasa untuk melupakan segalanya bukan satu perkara mudah, malah ia memberikan rasa kedukaan yang cukup mendalam buatnya.

BACA : Dari Awal Tak Tahu Status Sebenar DDNK, Isteri Nafi Pernikahan Atas Dasar Duit

Hidup seperti gelandangan di kawasan perumahan

Dipercayai mungkin atas faktor berpisah dengan suami, Masuri yang berusia 45 tahun dikatakan mula berubah termasuklah menjalani kehidupan persis seorang gelandangan. Disangka tinggal sebatang kara, rupanya dia mempunyai anak tunggal berumur 18 tahun dan keluarga terdekat lain untuk menjaga dirinya. Setiap hari, Umie Syafiyah Mohd Noor akan datang menjenguk keadaan ibunya yang gemar bersendirian.

Kemurungan Berpisah Dengan Suami, Anak Buntu Ibu Hidup Merata Macam Gelandangan

2 besen dipenuhi barang keperluan dibawa ke tempat berteduh…Duduk perhati orang lalu-lalang

Membawa 2 buah besen, Masuri berteduh di sebuah kawasan berumput yang terletak bersebelahan kawasan taman perumahan. Meskipun keluarganya ada membawa pulang, wanita ini bagaimanapun tidak mahu dijaga sebelum minta dihantar balik dari Pasir Mas ke Kota Bharu untuk jalani hidup seorang diri secara merata-rata tempat.

Kemurungan Berpisah Dengan Suami, Anak Buntu Ibu Hidup Merata Macam Gelandangan

Pernah dibawa berubat tapi tak nampak hasil

Bukanlah tiada usaha, malahan ikhtiar perubatan yang diberi nampaknya tidak menunjukkan hasil positif. Wanita berkenaan terus alami kemurungan sekali gus membuat keluarganya merayu kepada mana-mana pihak bagi membawanya ke tempat perlindungan bersesuaian.

Kemurungan Berpisah Dengan Suami, Anak Buntu Ibu Hidup Merata Macam Gelandangan

Kredit : YouTube Harian Metro

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kemurungan Berpisah Dengan Suami, Anak Buntu Ibu Hidup Merata Macam Gelandangan

Facebook

Telegram