Kena Cakar & Gigit Jadi Punca Lelaki Jerut Kucing, Akhirnya Dipenjara 15 Bulan!

Jika dahulu perlakuan jahat seorang lelaki yang menembak seekor anak monyet gara-gara ‘baby sayang’ telah menerima hukuman yang setimpal, begitu jugalah dengan apa yang berlaku terhadap seorang lelaki ini. Sebuah video yang tular di media sosial beberapa hari lalu memaparkan perlakuannya yang menjerut leher seekor kucing sebanyak dua kali sehingga m4ti telah mencetuskan perasaan marah ramai netizen. 

BACA: Lelaki ZaIimi Monyet Gara-Gara Baby Sayang Akhirnya Berjaya Ditangkap!

Akibat perbuatan zalimnya itu, lelaki bernama Al Azri Norhisham berusia 28 tahun itu kini berdepan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bermula hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Al Azri mengaku bersalah menjerut kucing jantan itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di hadapan sebuah rumah.

Tertuduh mempunyai akal fikiran yang waras

Terdahulu, Al Azri telah dibawa ke tempat kejadian untuk tujuan justifikasi kelakuan dan modus operandi.

Berbalik pada kejadian malang itu, Al Azri dalam rayuannya menjelaskan kucing berkenaan telah mencakar selain menggigit tangannya sehingga berlubang yang membuatkan dia bertindak seperti itu.

Sumber: Sinar Harian, 999 Malaysia

Apa Komen Anda?