Hiburan Cinta Family

Kena ‘Cuit’ Dengan Isteri Punya Pasal, Suami Merajuk Siap Cangkung Tepi Dinding

Kena ‘Cuit’ Dengan Isteri Punya Pasal, Suami Merajuk Siap Cangkung Tepi Dinding

Kalau bercerita bab merajuk, sudah pasti semua akan tertumpu kepada para wanita. Mana tidaknya, pantang suami salah cakap sikit sahaja, mesti tak bertegur selama berjam-jam. Adakalanya sampai pening kepala nak fikir cara memujuk, kalau tak kena pada selera mungkin akan bertambah buruk.


BACA: [VIDEO] Merajuk Ibu Didakap, Ajak Shiro Pening Layan Keletah Anak Bongsu

Suami merajuk dengan isteri, tak layan pujukan si isteri

Bagaimanapun, berbeza pula dengan situasi yang dikongsikan wanita ini apabila memaparkan gelagat lucu ‘syurganya’. Menerusi sorotan fiqahamr di laman TikTok, kelihatan mereka berdua sedang berjalan-jalan di sebuah mall. Namun, secara tiba-tiba kita diperlihatkan dengan aksi si suami yang merajuk dengan isterinya. Lebih melucukan, lelaki berkenaan sempat mencangkung sambil menghadap dinding walaupun sudah berkali-kali dipujuk olehnya.

Kena ‘Cuit’ Dengan Isteri Punya Pasal, Suami Merajuk Siap Cangkung Tepi Dinding

Nak tahu sebenarnya dia merajuk, saya cubit dia…padahal saya yang salah

Sedar pujukan tidak diendahkan, wanita berkenaan sempat berseloroh ingin tinggalkannya seorang diri jika masih berperangai seperti itu. Jelasnya, punca si suami merajuk manja hanyalah kerana dia telah terkena cubitan. Ia juga bukanlah pertama kali lelaki tersebut berkelakuan sebegitu. namun dia tetap melayan sahaja karenah insan tercintanya.


@fiqahamr

Dah banyak kali jugak dia buat perangai macam ni 🥲😌🤣

♬ bunyi asal – Fiqahamir – Fiqahamir

Ya Allah comelnya brader tu…kita yang kena tahan malu kalau lelaki merajuk, memang extra manja

Menjengah pula pada ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah manja lelaki berkenaan. Malah, mereka juga memuji ketabahan isterinya yang sanggup melayan walaupun terpaksa menahan malu di khalayak ramai.


Kena ‘Cuit’ Dengan Isteri Punya Pasal, Suami Merajuk Siap Cangkung Tepi Dinding

Kena ‘Cuit’ Dengan Isteri Punya Pasal, Suami Merajuk Siap Cangkung Tepi Dinding

Kena ‘Cuit’ Dengan Isteri Punya Pasal, Suami Merajuk Siap Cangkung Tepi Dinding

Kredit: TikTok fiqahamr

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kena ‘Cuit’ Dengan Isteri Punya Pasal, Suami Merajuk Siap Cangkung Tepi Dinding

Facebook

Telegram