Kena Talak 3 Masa Hamil, Wanita Terkejut Ex Boyfriend Datang Ziarah Baby Baru
Apabila disahkan mengandung, pastinya itu adalah saat paling indah buat seorang perempuan yang sudah berumah tangga. Dalam mengharungi usia kehamilan selama sembilan bulan, seorang wanita pasti mahukan si suami untuk berada di sisi memberi sokongan serta bantuan. Namun tidak bagi seorang perempuan muda ini apabila diuji dengan dugaan yang bertimpa-timpa sewaktu mengandung.
BACA: Suami Asyik Menangkan Keluarga, Wanita Ini 2 Tahun Hidup Gantung Tak Bertali
Baru 3 bulan kahwin sudah berpisah
Wanita muda yang baru berusia 21 tahun ini telah dijatuhkan dengan talak 3 sewaktu usia perkahwinan baru mencecah bulan ketiga ketika dirinya sarat hamil. Berbekalkan kasih sayang pada kandungannya, wanita berkenaan terus cekal mengharungi proses kehamilan seorang diri sehingga detik melahirkan. Namun tanpa disangka-sangka, bekas teman lelakinya yang dahulu muncul kembali dan menziarahinya selepas bersalin.
Pernah bercinta selama 4 tahun
Detik itu dikongsikan menerusi Twitternya. Nampaknya, ibu muda tersebut meluahkan rasa terharu serta memuji sikap lelaki berkenaan kerana sudi datang melawat dirinya yang masih berada dalam pantang. Jelasnya, dia pernah bercinta selama empat tahun bersama lelaki tersebut sebelum berkahwin dengan jejaka lain. Walau bagaimanapun, perkahwinannya berakhir selepas beberapa bulan.
ANUGERAH EX PALING RARE 2019
Serious la EX boypren aku paling latest sebelum aku kahwin datang lawat tengok anak aku 😂 Ex terbaik ni 😂 Bercinta dengan dia 4tahun+ , pastu aku putuskan dia . Aku kahwin dengan bestfriend aku yang aku kenal 4tahun+ , pastu aku diceraikan . pic.twitter.com/fM3AJ7YTX2
Advertisement— Baby🦋 (@MissErinKayy) November 21, 2019
Chill betul dia datang melawat siap bawak hadiah untuk baby
Perempuan cekal tersebut redha dengan nasib yang menimpa dirinya namun masih sempat mendoakan agar mantannya itu berjumpa dengan wanita yang lebih baik kelak. Walaupun jodoh mereka tidak panjang sebelum ini, namun masing-masing tidak menyimpan kesumat dan mampu berhadapan dengan damai. Dedahnya lagi, lelaki berkenaan sering memberi kata-kata sokongan sewaktu wanita itu dalam kesedihan.
Mungkin jodoh bertaut kembali
Setelah perkongsiannya itu tular, ramai netizen memuji sikap lelaki tersebut yang sangat matang kerana masih melayan wanita tersebut dengan baik. Ada juga yang menyarankan mereka berdua untuk kembali bersama meskipun kedua-duanya selesa dengan kehidupan sendiri buat masa sekarang.
Sumber: Twitter Erin
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI