“Kena Tendang Dengan Ex Husband Masa 3 Bulan Mengandung. Akhirnya Aku Gugur..”

Tidak dinafikan, adalah menjadi impian setiap orang yang sudah mendirikan rumah tangga untuk merasai moment kehamilan, seterusnya memiliki cahaya mata sendiri. Namun apabila sudah berbadan dua, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan risiko untuk kehilangan janin bayi, lebih-lebih lagi ancaman dari luar. Menerusi satu tweet oleh seorang wanita ini, dia mendedahkan pengalaman pernah mengalami keguguran sekitar 2 tahun lalu gara-gara ditendang oleh bekas suaminya.

BACA: “Doktor Kata Gugur, Tapi..” – Lepas Operate Tumor, Ibu Ini Lahir Anak Masa Koma

Masa sampai ke tandas…tiba-tiba bayi aku keluar

Menurutnya, kejadian itu berlaku sewaktu kehamilannya baru berusia 3 bulan. Selepas insiden tersebut berlaku, dia terpaksa menanggung masalah kesihatan selama seminggu dan ditahan di sebuah pusat rawatan ketika itu. Walaupun akhirnya kandungan tidak mampu untuk diselamatkan selepas disahkan gugur, namun wanita ini sempat memberikan nama Adam Fahmi kepada anak syurganya itu.

Aku hampir meroyan sebab berpantang tanpa anak…tak boleh tengok baby langsung

Ketika itu, dia cuma ditemani oleh seorang rakan baiknya menggantikan bekas suami yang tiada sejak hari pertama mendapatkan rawatan di sana. Menurutnya lagi, dia telah mengalami masalah emosi setiap kali terlihat mana-mana bayi kerana terlampau bersedih atas kehilangan tersebut.

Bekas suami tak salah…Aku pun dah maafkan dia

Selepas tularnya kisah yang cukup tragis ini, rata-rata netizen dilihat mengecam serta kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Bagaimanapun, wanita ini tetap tidak menyalahkannya 100% kerana difahamkan lelaki itu ‘tidak sihat’. Dia juga telah memberikan kemaafan kepada lelaki yang pernah menendang perutnya dahulu, selain menganggap kejadian tersebut sebagai satu hikmah bahawa dirinya adalah seorang wanita yang kuat.

 

Sumber: Twitter

Apa Komen Anda?