Inspirasi

Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

Sharing is caring!

Sering digelar sebagai ‘hero yang tidak didendang’, anggota bomba akan sentiasa bersedia untuk membantu orang awam tidak kira walau sebesar manapun masalah yang dihadapi. Daripada kebakaran hinggalah kepada menyelamatkan seekor kucing, mereka sentiasa ada untuk orang awam. Baru-baru ini, telah tampil seorang individu yang ingin membalas jasa anggota bomba kerana pernah menyelamatkannya satu ketika dahulu.

BACA : Bergilir-Gilir Pakai Seluar Sukan Dengan Adik, Guru Sayu Kenang Nasib Anak Ini


Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

Pernah selamatkan tahun lalu

Menerusi perkongsian daripada halaman Facebook, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur telah dikunjungi oleh seorang lelaki dengan sejumlah makanan. Menurut coretan tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Kenny Tan itu merupakan individu yang pernah diselamatkan dalam hutan tahun lalu. Melalui halaman Facebook tersebut, anggota bomba berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Kenny kerana menghargai jasa mereka.

Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

Sebagai tanda penghargaan

Terdahulu Kenny Tan dilaporkan mengalami kecederaan di kaki ketika melakukan aktiviti berbasikal beberapa bulan lalu. Dia yang kini sudah sembuh sepenuhnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota bomba dan penyelamat TTDI di samping menikmati juadah yang dibawa bersama-sama. 


Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah MenyelamatkannyaKenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

 

Terima kasih anggota bomba

Detik manis tersebut telah mendapat lebih 300 perkongsian dari warganet. Rata-rata mereka mengagumi tindakan Kenny kerana mengenang dan menghargai jasa mereka yang pernah membantunya. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota bomba kerana sentiasa bersedia untuk membantu dan menyelamatkan orang awam.

Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

Sumber : Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kenang Jasa, Lelaki Jamu Satu Balai Bomba Makan Kerana Pernah Menyelamatkannya

Sharing is caring!