Viral Family Keibubapaan

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta

Sharing is caring!

Hari ini merupakan tarikh yang bermakna buat insan bergelar bapa di seluruh dunia dan pengorbanan mereka memang patut dikenang dan dihargai sentiasa. Sebagai seorang ayah, pasti banyak detik bahagia ingin dirakamkan seperti kenangan berharga yang pernah dilalui lelaki ini.

BACA: Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak


Cuak tapi sempat rakam untuk kenangan masa depan

Baru-baru ini tular kembali sebuah rakaman oleh individu dikenali sebagai Azmil Radzack berkongsi sebuah video selepas melalui detik cemas tetapi berharga buat dirinya. Meskipun masih dalam keadaan ‘cuak’, lelaki tersebut mengucapkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan anak ketika dalam perjalanan ke pusat perubatan.

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta

Baru lepas sambut anak dengan sebelah tangan

Dalam video berkenaan, Azmil baru sahaja selesai menyambut kelahiran anaknya dengan sebelah tangan dalam kereta. Isterinya juga sempat memberikan senyuman manis dan tergelak kecil apabila si suami berseloroh ingin menamakan anak mereka sama seperti kereta yang dipandu itu.


Pengalaman berharga untuk si suami

Di ruangan komen pula, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada suami isteri berkenaan. selain itu, mereka juga meluahkan rasa syukur dan kagum kerana proses kelahiran bayi mereka selamat dan dipermudahkan. Selain itu, mereka juga terhibur dengan gurauan yang sempat dilakukan oleh bapa itu.

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta

Kenangan Hari Bapa, Lelaki Sempat Bergurau Lepas Isteri Beranak Dalam Kereta
Kredit Foto: FB Azmil Radzack

Sumber: IG sinar_my


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!