Kenangan Terindah Nikah Di Tempat ‘Special’, Semua Gara-Gara Tok Kadi Tak Sihat

Sewaktu hendak melangsungkan hari bahagia, pastinya kita semua mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang cukup sempurna. Dengan sebuah pelamin yang indah, makanan sedap beserta kedatangan tetamu jemputan yang datang, kenangan itu sudah tentu tidak akan dilupakan mempelai. Namun, berbeza pula dengan sepasang pengantin ini tatkala terpaksa melangsungkan perkahwinan di lokasi yang tidak disangka-sangka. 

BACA: [FOTO] Ex-Boyfriend Jadi Pengapit Kahwin, Kini Bercinta Dengan Kawan Baik Pula

Tak sangka akan nikah di sini

Tempat yang dimaksudkan adalah di sebuah pusat perubatan di utara tanah air. Bukannya pengantin yang mengalami masalah kesihatan. Rupanya jurunikah mereka terpaksa ditahan atas faktor kesihatan. Mohd Isa Taman (62) dan juga isteri Balqis Mahmud (63) selamat diijabkabulkan pada jam 10.45 pagi di sebuah bilik yang disediakan khas oleh pusat rawatan berkenaan. 

Kredit Harian Metro

Merupakan perkahwinan kedua

Detik indah tersebut akan kekal bermakna dengan kehadiran saudara mara lain yang datang. Menurut portal Berita Harian, meskipun majlis pernikahan mereka tidak berlangsung seperti yang dirancang, difahamkan majlis persandingan akan tetap dijalankan di rumah mempelai berkenaan nanti. Pernikahan ini merupakan penyatuan kali kedua bagi pengantin lelaki setelah kehilangan isteri pada Mei tahun lalu. Siapa menyangka pernikahan mereka akan berlaku di ‘lokasi istimewa’ ini kan?

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?