“Kenapa Allah Ambil Mata Saya?” – Jawapan Ebit Lew Pada Pelajar Ini Bikin Sebak

Sejak lahir lagi, terlalu banyak nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita semua untukmenjalani hidup di dunia ini. Antara nikmat yang paling kita perlu syukuri adalah kesihatan fizikal kerana tidak semua orang bernasib baik memiliki kesemuanya seperti yang dilalui oleh seorang pelajar lelaki yang dihampiri oleh pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew. Perkara tersebut dikongsikan di laman Instagram rasmi miliknya baru-baru ini.

BACA: Jangan Marah Isteri Bila Nak Beli Baju Raya – Ustaz Ebit Lew

Menurut beliau, adik ini sudah tidak dapat melihat sejak dari kecil lagi, dan perkara itu sekaligus membuatkan dia tertanya-tanya mengapa tidak diberikan nikmat penglihatan seperti orang lain. Lebih malang lagi, dia merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapa kandungnya.

Terharu dengan nasib yang menimpa adik ini, Ustaz Ebit Lew kemudiannya memberikan jawapan tentang mengapa ujian ini diberikan kepadanya.

Mungkin awak tak faham lagi, tapi tiada jawapan lain…Allah sangat sayangkan kamu

View this post on Instagram

Ya Allah sebaknya, sedih sangat hari ini ceramah ada beberapa orang adik yang cacat penglihatan. Lepas tu hilang ayah dan ada yang tiada ibu. Ya Allah sebaknya saya bila adik ni tanya ustaz kenapa Allah ambil penglihatan saya. Dia menangis. Saya cakap pada mereka. Hanya kerana Allah sayang pada awak. Allah melihat hambanya dia sayang lalu mereka diberi ujian dan sakit yang berat kerana Allah ingin beri kedudukan yang tinggi untuk mereka di akhirat nanti. Kita panggil oku. Disisi Allah adik sempurna. Sempurna dihati bila kita mengenal Allah. Adik ni dah 10 tahun tak nampak dan dan tiada ayah..semoga adik ni jadi pendakwah dan asbab hidayah seluruh alam. Allah sayang-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Moment tersebut turut menyentuh hati ramai pengikutnya, dan rata-rata mereka menitipkan doa dan semangat kepada pelajar lelaki itu.

Hanya insan terpilih je…awak dah kurang dosa mata

Semoga kekurangan adik ini jadi iktibar buat kita agar mensyukuri nikmat Allah..

Sumber: IG ebitlew

Apa Komen Anda?