“Kenapa Boleh Ada Kat Sini?” -Beria Cari Phone Ayah Jatuh, Sekali Bila Jumpa..

Tak dinafikan, kemudahan telefon bimbit sudah menjadi suatu keperluan yang amat mustahak bagi setiap individu pada masa kini. Walau berapa pun nilai harganya, hampir kesemua urusan seharian kita perlu dibantu oleh gajet tersebut. Maka sebab itulah ada sesetengah orang boleh jadi tak keruan apabila berpisah dengan peralatan elektronik ini walaupun cuma seketika. lebih teruk lagi jika kehilangannya seperti sebuah kisah yang tular baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Berjaya Capai Impian, Pemuda Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah & Telefon

Kalut ayah pulang cakap telefon hilang

Satu perkongsian mengenainya telah dimuat naik oleh saudari Izni Nadirah di laman Twitter. Tempoh hari, gadis berkenaan dan juga keluarga ‘kalut’ apabila si ayah pulang ke rumah memberitahu kehilangan telefon bimbitnya dipercayai tercicir. Maka bermulalah sesi mencari telefon tersebut sepanjang jalan raya yang dilalui oleh mereka berdua.

Advertisement

Puas cari tapi tak jumpa-jumpa

Meskipun gadis tersebut dan juga ayahnya puas berpusing-pusing keliling sekitar daerah Kuantan untuk mencari gadjet yang hilang namun masih juga belum ditemui. Selepas keletihan, mereka mengambil keputusan untuk berhenti rehat seketika sebelum meneruskan pencarian. 

Advertisement

Sekali rupa-rupanya tersangkut dalam jaring seluar 

Walau bagaimanapun, ayahnya secara tiba-tiba merasakan ada sesuatu di kakinya sebelum menyedari telefon yang dicari selama ini tersangkut di dalam jaring seluar. Semuanya berpunca gara-gara poket seluar yang dipakai ayahnya bocor menyebabkan peralatan elektronik tersebut jatuh di bahagian dalam sebelum tersangkut di bahagian bawah tracksuit dipakainya. Namun, dek kerana kaki ayahnya yang bengkak membuatkan dia tidak mengesannya dengan lebih awal. 

Sumber: Twitter Izni Nadirah

Advertisement

 

Apa Komen Anda?