Wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid telah jadi sebutan ramai baru-baru ini bukan sahaja kerana setuju membenarkan suaminya berkahwin satu lagi, bahkan turut mengiringinya hingga ke detik akad nikah dan majlis persandingan. Walaupun agak gemuruh menjelang detik tersebut, namun dia akui bersyukur dan tumpang gembira selepas sah menerima kehadiran ‘adik madu’. Bagi yang tidak tahu, beberapa bulan sebelum itu dia juga setia turun naik mahkamah bersama suami bagi selesaikan urusan permohonan kebenaran poligami.
BACA: Wanita Tabah Iringi Suami Bernikah Kali Kedua- “Officially Akak Dapat Adik Baru”
Akak dan Abg K akak Khubaib Ramli serasi biru hari ni tawww😍Alhamdulillah selesai perbicaraan kami dan keputusan…
Posted by Syiela Rashid on Tuesday, July 7, 2020
Momentous…. Love with no judgementLive with all passionJust let it beAccept it… Embrace it…Feel it with…
Posted by Syiela Rashid on Monday, September 21, 2020
Pernah buat coretan kenapa poligami sukar bahagia
Apabila kisah tersebut jadi viral, pastinya ramai tertanya bagaimana dan mengapa dia sudi ‘izinkan’ suami untuk bernikah lagi? Menerusi coretan terdahulu di laman Facebook miliknya, Puan Syiela Rashid pernah berkongsi beberapa punca yang menyebabkan sesebuah keluarga poligami tak bahagia. Antaranya adalah kurangnya rasa syukur serta konsep kehidupan tersebut terbatas pada tahap isteri berkongsi kasih dengan seorang suami semata-mata saja.
Kebahagiaan poligami sebenar…hati penuh rasa syukur & diterima sebagai perkongsian satu kehidupan antara semua ahlinya
Sebaliknya jika semua permasalahan tersebut dapat dihindari, pastinya kebahagiaan boleh dirasai oleh seluruh ahli keluarga termasuklah para isteri. Ujarnya lagi rumah tangga adalah satu bentuk proses belajar dalam hidup, tak kiralah sama ada poligami ataupun monogami kerana perlu disulami dengan ilmu yang tepat.
Sumber: FB Syiela Rashid
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura