“Kepala Baby Besar”- Tasha Manshahar Buka Cerita Kena Czer Lepas Induce 3 Kali!

Sejak kebelakangan ini, ramai selebriti mengumumkan berita gembira tentang kelahiran anak masing-masing. Antaranya adalah penyanyi Tasha Manshahar. Tanggal 21 Jun 2019, penyanyi ini telah selamat melahirkan anak pertamanya melalui kaedah caesarean section (czer) selepas tiga hari bermalam di hospitaI. Jika wanita lain terpaksa menahan s4kit yang teruk kerana contraction, namun tidak baginya.Β 

BACA: “Aku Bukan Tahu Beranak Je” – ShakiIla Khoriri Muak Dihina ‘Gemok’ Lepas Bersalin

Doktor syak baby besar.. cadangkan induce untuk ‘buka’ jalan

Difahamkan, Tasha terpaksa menjalani proses kelahiran secara czer kerana bukaan jalannya masih kurang daripada 2cm meskipun sudah dimasukkan induce sebanyak tiga kali! Malah dari induce pertama sehingga yang ketiga, dia tidak berasa sebarang contraction yang teruk dengan kerap seperti yang selalunya terjadi pada wanita lain.Β 

View this post on Instagram

Masa check up 38w 6d (Selasa, 18/6), doktor suspect I was pregnant to a big baby (estimated 3.7kg) dimana kalau tunggu lebih lama, baby boleh jadi lebih besar dan potential untuk bersalin secara normal dengan selamat akan berkurang dan ada beberapa risiko lain. Jadi doktor cadangkan saya untuk induce pada keesokkan harinya, bila kandungan genap 39w (Wednesday, 19/6). Induce means doktor masukkan ubat untuk stimulate contraction seterusnya buka jalan untuk kita bersalin secara normal (kalau Allah izin) _ Wednesday (19/6) Warded. Induce pertama dimasukkan pada pagi yang sama. Bukaan sebelum induce tak sampai 1cm. Jadi bila ubat induce tu dah masuk, saya agak yakin akan ada bukaan ptg nanti waktu doktor nak check. Nurses keluar masuk every few hours untuk check tekanan darah, jantung baby, contractions. Hari pertama, masih tiada progress bukaan. Contraction ada tapi tak regular. Kdg sakit kdg tak, kdg tak rasa pun tengah contraction. Siang 5min sekali. Tu pun cuma mild – moderate contractions. Malam drop jadi 10min sekali. Sepatutnya contraction kena semakin sakit dan semakin kerap. _ Thursday (20/6) Induce kedua dimasukkan lepas Subuh. Utk lebih stimulate bukaan, as suggested kaklong @kai_armd , saya exercise dalam bilik, buat squat, jalan itik, turun naik tangga. Suami tolong. @heyitsyunyun pun tolong. Saya buat apa je yang termampu dgn harapan ada bukaan bila doktor dtg check nanti. Doktor dtg check tgh hari tu, 1cm je. Doktor kata kedudukan kepala baby mmg dah dekat bawah tapi mcm senget sikit, tak betul-betul dekat opening. Jadi sebab tu contraction tu tak cukup untuk menipiskan pangkal rahim dan adakan bukaan. Tapi doktor kata tak apa, kita tunggu dulu sebab jantung baby pun okay. Petang tu baru la saya rasa contraction paling kuat sepanjang saya pregnant. Mmg sakit tp tahap masih boleh tahan walaupun berpeluh lah jugak πŸ˜‚ Contraction 5min sekali. Masa ni ada adegan sedih kami suami isteri dalam wad. Nti saya cerita. Lewat ptg bidan check bukaan, masih juga 1cm. Doktor kata, kalau selepas induce ketiga esok, takde progress atleast 2 atau 3cm, czer adalah jalan paling selamat. Berdebar tunggu bidan dtg Subuh esoknya untuk check bukaan… #raqshajrjourney

A post shared by @ tashamanshahar on

Hari ketiga.. bidan datang check bukaan, tak sampai 1.5cmΒ 

Sepanjang berada di hospitaI, Tasha tidak lupa untuk membuat segala ikhtiar supaya bukaan jalannya lebih cepat, namun contraction yang dirasai masih tidak kerap seperti yang sepatutnya. Malah dalam tempoh itu dia masih mampu bergerak seperti biasa, mempunyai selera makan dan juga bergelak ketawa. Akhirnya doktor memutuskan untuk meneruskan proses bersalinnya secara czer selepas tiada sebarang perubahan positif setelah kali ketiga induce.Β 

View this post on Instagram

Sambungan post semalam. _ Friday (21/6) Hari ketiga warded. Subuh tu bidan datang check bukaan lagi, tapi tak sampai 1.5cm pun. Saya dah mula resah, sebab dah dua hari warded. Mummy, ayah, suami dah berkampung sama-sama dekat hospital. Ubat itu ubat ini dah masuk. Penat. Hampir give up. Give up menunggu sebenarnya πŸ˜… Saya tinggal induce terakhir untuk menentukan cara apa saya bersalin. Tp apa salahnya cuba sampai induce ketiga kan. Mana tahu kalini menjadi. Atleast kalau tak berjaya pun, Ive done my part the very best. Saya puas hati sebab dah cuba sampai habis. So masuklah induce ketiga pagi tu jugak. Saya doa byk2 Allah bg keadaan bersalin yang terbaik dan selamat untuk saya dan baby. Itu je, tak kisah la apa cara pun. Tapi saya teruskan ikhtiar exercise utk stimulate bukaan. Unfortunately, contraction masih tak regular. Saya masih boleh gelak-gelak, boleh jalan-jalan dalam hospital, makan masih selera, masih boleh lelap. _ Doktor dtg check bukaan pukul 2.15. "Kita czer ya?", kata doktor. Sebab bukaan masih kurang daripada 1.5cm. Takde progress. Saya dah bersedia untuk terima kenyataan time tu, dalam masa yang sama excited nak jumpa baby. _ "Harini ke doktor? Pukul berapa?" "Ya harini. 2.45 boleh?" Setengah jam je lagi! Tiba-tiba nervous. "Saya tunggu suami saya balik solat Jumaat dulu boleh ke, doktor?" "Okay, pukul 3 lah ya, sebab doktor pun nak solat dulu ni. See you later. Takpe dont worry inshaAllah yang penting you both selamat." Sambil doktor usap-usap kaki saya. Pujuk mungkin. _ Kurang 10minit, @raqibmajid sampai. _ "Pukul 3 tau." "Ha, okay… Jap. Apa yang pukul 3?" "Czer. Takde progress bukaan." "Oh. Jap. Okay..okay..saya solat sunat jap.." Raqib nampak cuak tapi cuba bertenang. Sebab kami mmg dah bincang sebarang kemungkinan yg akan berlaku… _ Ada sambungan lagi. Kejap. #raqshajrjourney

A post shared by @ tashamanshahar on

Berat baby 3.5kg tapi rupanya ukur lilit kepala baby special sikit..

Pada petang Jumaat, bayi tersebut telah selamat dikeluarkan daripada perut ibunya. Doktor mengesahkan ukuran kepala anaknya agak istimewa berbanding bayi lain kerana besar sedikit. Menjalani kaedah beranak secara czer, Tasha Manshahar dapat menyaksikan segala proses tersebut di depan matanya sendiri melalui pantulan cermin di atasnya. Baginya, tak kisahlah beranak cara apa pun, baginya peng0rbanan seorang ibu untuk melahirkan itu memang tiada tandingannya.

View this post on Instagram

Sambungan. _ Jd, untuk menjawab persoalan yg ramai sgt orang tanya, ya saya bersalin secara czer selepas 3x induce πŸ™ƒ _ Pukul 3 petang, Jumaat, 21/6, saya ditolak masuk OT. Sempat minta maaf dulu dgn semua yg ada. Keluarga pun ada dekat luar bagi support dan doa semoga semua berjalan lancar β™₯️ Macam biasa lah, mula dgn prosedur bius dulu. Tak lama lepas tu, bergema tangisan pertama baby mommy yg lantang dan garau itu πŸ˜‚ Mengalir airmata mommy sambil senyum masa tu. Weight sebenar baby 3.5kg tapi rupanya ukur lilit kepala baby special sikit berbanding baby lain (doktor kata, setahun ada sorg atau dua baby je yg berdiameter kepala 37, sebab generally adalah 33. Org tua2 kata inshaAllah anak bijak. Mommy aminkan je. Tolonglah aminkan juga πŸ™ˆ). Selain tu, kedudukan baby pun senget sikit dari laluan. Jadi czer adalah jalan terbaik utk saya dan baby. Saya doa nak bersalin dgn selamat, jadi inilah cara Allah makbulkan doa saya ☺️ _ Allah saja tahu betapa sakitnya lepas habis bius tu. Selesai operation, badan menggigil tak boleh control. Pergerakan sangat terbatas. Kena pakai tiub untuk buang air sebab tak boleh bangun. Org kena suapkan makan minum. Batuk bersin ketawa semua sakit sgt. First few days, semua benda org kena buatkan. Rasa serba salah sgt πŸ˜” Masa first time bangun dari katil, hampir pengsan dalam toilet. Tapi, alhamdulillah Im recovering. Yang penting both mommy and baby selamat & sihat. Pada saya, bersalin czer ke normal ke, dua-dua adalah bukti pengorbanan ibu yang tiada tandingan. Congratulations to all mothers out there! We made it! πŸ’ͺ🏼 _ πŸ“Έ by @raqibmajid . Doktor benarkan suami masuk bermula dari doktor nak start cut, sampai baby keluar. Lepastu suami keluar dari OT sama-sama dgn baby untuk azankan. Masa kena jahit lapisan demi lapisan tu, suami tak dibenarkan ada. Ya! Saya kena bius separuh badan je. So sepanjang proses saya sedar, saya tengok dekat lampu bulat atas tu. Masa doktor dan nurses semua terpaksa ramai2 tolak-tolak perut saya sbb kepala baby stuck pun saya tengok, menghayati moment tu sambil jantung berdebar-debar nervous πŸ˜‚ _ Alhamdulillah untuk pengalaman ni. Very meaningful and priceless. πŸ‘ΆπŸ»β™₯️ #raqshajrjourney

A post shared by @ tashamanshahar on

Sumber: IG tashamanshahar

Apa Komen Anda?