Keputusan Perbicaraan Zulfarhan Osman Bakal Diumumkan Hujung Bulan Ini

Pertengahan bulan Jun yang lalu, Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh hari ini iaitu 8 Julai 2019 untuk mendengar hujahan akhir tentang pendakwaan 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah menyebabkan pemergian rakan mereka iaitu Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 22 Mei 2017 lalu. Dalam pertuduhan sebelum ini juga, 6 orang penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najlb Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

BACA:Β [VIDEO] “Ingat Comel Ke..” – Gadis TikTok Dikecam Sembang Lebih Pasal Bab RogoI?

Terbaru menerusi laman Facebook milik ibu Allahyarham Zulfarhan iaitu Puan Hawa memaklumkan tentang perkembangan perbicaraan tersebut. Menurutnya, keputusan pertuduhan tersebut akan dibawa pada hujung bulan ini.Β 

Tengoklah muka OKT ni…Macam tak rasa bersalah atau malu langsung

Menjengah di laman Twitter pula, rata-rata netizen memberikan tanda sokongan dan solidariti buat Allahyarham sempena perbicaraan yang berlangsung pada hari ini. Malah ada juga yang berkongsi semula semua updates yang pernah dimuat naik oleh adik Zulfarhan iaitu Zul Helmie menerusi Instagram miliknya. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah video yang memaparkan wajah dan gelagat keenam-enam tertuduh sewaktu mereka berjalan keluar daripada bilik perbicaraan dalam sesi sebelum ini.

Sumber: IG _zulhelmieidros, Twitter miraamurad & FB Hawa Osman

Apa Komen Anda?