Kerajaan bersikap proaktif dalam usaha untuk membantu rakyat mendepani situasi sukar dengan memperuntukkan sebanyak RM250 billion melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), semalam. Malah bagi memudahkan pemahaman orang awam, analogi ‘Mak Cik Kiah’ iaitu seorang penjual goreng pisang turut menjadi bualan masyarakat sehingga hari ini.
BACA: Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN
Langkah terbaik kerajaan elak risiko
Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid yang juga Ahli Ekonomi berpendapat sekiranya kerajaan terlalu berhati-hati untuk tidak mahu mengambil risiko seperti ini, ada kemungkinan keadaan akan menjadi lebih teruk. Malah katanya lagi dalam portal Berita Harian, ia bukan sahaja memberi kesan ke atas ekonomi tetapi turut mendatangkan masalah kepada sektor yang lain dalam negara.

Usaha galakkan pengaliran tunai dalam negara
Selaras dengan pengumuman tersebut, timbul rasa lega dalam diri masyarakat terutama pengguna Facebook Erlizawani Jasmi terhadap keprihatinan kerajaan. Mengulas lanjut, Erliza sempat menerangkan tujuan sebenar kerajaan iaitu untuk menggalakkan pengaliran tunai dalam negara melalui perbelanjaan rakyat. Dengan adanya wang tambahan, permintaan terhadap barangan akan meningkat sekali gus menurunkan risiko mata wang ringgit jatuh.

Sokong barangan buatan Malaysia
Sebagai menyokong langkah tersebut, wanita ini turut menyarankan supaya membeli barangan buatan Malaysia selain menghidupkan kembali sektor pelancongan dalam negara bagi memastikan aliran wang bersifat domestik. Namun katanya lagi, langkah terbaik yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang dirancang.

Sumber: Portal BH Online & Facebook Erlizawani Jasmi
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
