Isu Semasa Viral

Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN

Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN

Sharing is caring!

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 6 hari lalu ternyata telah menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia. Hal ini kerana pihak berkuasa telah mengarahkan beberapa premis perniagaan ditutup bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang telah meragut 11 nyawa setakat ini. Rentetan itu, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk mereka yang terjejas sepanjang tempoh PKP tersebut.

BACA : Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19

Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN
Gambar sekadar hiasan

 

Pencarum KWSP boleh keluar duit

Memetik laporan Berita Harian, kerajaan telah mengumumkan kesemua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dibenarkan membuat permohonan mengeluarkan wang dari akaun mereka. Walau bagaimanapun inisiatif tersebut hanya tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama setahun. Namun permohonan yang bermula 1 April nanti khas untuk pencarum berusia 55 tahun sahaja dan hanya melibatkan akaun dua pencarum.


Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN
Gambar sekadar hiasan

Penangguhan bayaran balik PTPTN

Selain itu, bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mereka dibenarkan membuat penangguhan pembayaran balik sehingga September 2020. Inisiatif yang melibatkan 1.5 juta peminjam itu membabitkan jumlah kutipan sebanyak RM 375 juta. Tambahnya lagi, Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan.

Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN
Gambar sekadar hiasan

Bantuan kepada pekerja cuti tanpa gaji

Dalam pada itu, inisiatif tersebut turut melibatkan mereka yang diberikan cuti tanpa gaji sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan akan diberikan bantuan sebanyak RM600 setiap bulan selama maksimum 6 bulan. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan menyalurkan kewangan kepada yang layak lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan bermula Rabu ini. 

Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Berita Harian



Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN

Sharing is caring!