Family Inspirasi

Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar ‘Perlian’ Rakan Sekerja

Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar ‘Perlian’ Rakan Sekerja

Kehadiran cahaya mata dalam sebuah perkahwinan sudah pasti dinantikan oleh setiap pasangan. Namun, semuanya bergantung pada rezeki Allah bahkan tidak semua dikurniakan zuriat dalam masa singkat. Bagi suami isteri yang belum mempunyai anak, isu ini semestinya dianggap agak sensitif untuk dibualkan.

BACA: Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Dia kata banyak benda nak luah…sekali dengar apa dia luah, perasaan bercampur marah & sedih

Hal sama juga turut dirasai oleh wanita ini selepas menjadi bahan ‘perlian’ rakan sekerja. Menerusi perkongsian mohdhabibullah_ di laman TikTok, seorang lelaki dilihat sedang mendengar luahan hati isterinya. Dia telah menceritakan semula perbualan dengan salah satu kenalan saat saling bertegur sapa. Namun, hati si suami menjadi sedih dan marah tatkala individu itu mempersoalkan ketiadaan anak dalam perkahwinan mereka.

Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar ‘Perlian’ Rakan Sekerja

Ingat ye anak tu rezeki Allah, lambat atau cepat je…tak patut cakap macam tu kat isteri orang

Lebih menyedihkan, rider berkenaan dikatakan berulang kali bertanya hal sama selain mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Wanita tersebut juga dilihat tidak dapat membendung rasa sedih lantas menitiskan air mata. Dengan pantas, si suami bertindak menenangkan pasangannya dan minta supaya tidak mengendahkan orang itu lagi.

@mohdhabibullah_

Budak kecik ni call ckp lepas isi brg nk jumpa jp sbb bnyk bnde nak luah. sekali dengar apa dia luah, perasaan ni bercampur marah & sedih. igt ye ank tu rezeki Allah, lmbt atau cpat je. Xpatut ckp cmtu kat isteri org bang. Nasib la ckp roti john terus dia okay. 😓😞

♬ original sound – Mohd Habibullah – Mohd Habibullah

Anak tu rezeki, semua yang ada kita pinjam je… memang jaranglah orang cuba nak faham

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak dengan situasi yang dialami oleh wanita berkenaan. Malah, warganet juga sempat menitipkan kata-kata semangat selain mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar ‘Perlian’ Rakan Sekerja

Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar ‘Perlian’ Rakan Sekerja

Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar ‘Perlian’ Rakan Sekerja

Kredit: TikTok Muhdhabibullah

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar ‘Perlian’ Rakan Sekerja

Facebook

Telegram

Kasut