Walaupun permintaan terhadap servis e-hailing kini meningkat saban tahun, nampaknya ada pemandunya yang bagai bersikap lintah darat. Sudah mempunyai harga tetap sebelum menerima permintaan pelanggan, malangnya lain pula kisah yang terjadi kali ini.
BACA : Gadis Menangis 2 Jam Kereta Kena Double Park, Pengakhiran Kisahnya Comel Pula
Jadi lain kali dik, ikut jela driver
Oleh kerana terburu-buru, seorang gadis bernama Vivi membuat permintaan agar pemandunya mengikut jalan tol sahaja supaya lebih cepat sampai. Namun bebel lelaki terbabit, katanya dia bakal didenda sekiranya pihak pengurusan tahu keretanya tidak mengikut laluan maps sedia ada.
@vivioctalia stay safe. #onlinedriver
Selama 45 minit atas jalan, pak cik tu marah memanjang…Ugut nak datang rumah aku
Tidak terima jika diberi 1 bintang, dia sempat mengugut Vivi untuk datang ke rumahnya membawa geng. Demi keselamatan diri, Vivi telah membuat aduan dan kini pemandu berkenaan sudah dikenakan tindakan tatatertib. Sejak awal lagi, gadis ini pelik mengapa lelaki itu bertelagah sedangkan dia bersedia mahu membayar duit tol dan tip tambahan. Saat kereta sudah bergerak masuk lebuh raya, Vivi malah didesak untuk mengubah lokasi sekali gus bakal dicaj 2 kali ganda lebih mahal dari harga asal.
@vivioctalia Replying to @Seunya87 🥲🙏🏻 sampe emosi jg ya saya
Sepanjang acik tu marah-marah, aku diam…Aku terfikir apa salah aku?
Sudah banyak kali menggunakan servis e-hailing, Vivi juga terkejut kali pertama berdepan dengan pemandu sebegitu. Sebenarnya, dia bukanlah mahu bising lebih-lebih mengenai bayaran mahal. Sebaliknya, kerisauan utama adalah berkenaan etika bekerja lelaki terbabit yang sampai tahap mengancam keselamatan pelanggan.
@vivioctalia #stitch with @VIVI
Kredit : TikTok vivioctalia
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
