Isu Semasa Viral

Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia

Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia

Sharing is caring!

Sejak bermulanya gelombang kedua pada minggu lepas, penularan wabak virus korona di negara ini dilihat semakin menbimbangkan. Meskipun ada sebilangan kecil yang telah sembuh dan discaj daripada pusat rawatan masing-masing, namun bilangan individu yang dijangkiti semakin melonjak saban hari.

BACA : Masih Bernyawa Lagi, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19


Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Hembus nafas pada jam 11 pagi

Apa yang dibimbangkan akhirnya berlaku di Malaysia pada hari ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan seorang individu positif COVID-19 menemui ajal setelah keadaannya merosot dan dimaukkan ke ICU. Mendiang merupakan seorang paderi dari Kuching Sarawak menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi pada usia 60 tahun. Difahamkan juga, mendiang sebelum ini mempunyai sejarah menghidap komplikasi kronik.

Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia

Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia

Usaha mengesan kontak rapat

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) kini sedang giat mengesan seramai 193 kontak rapat dengan mendiang. JKNS juga telah mengeluarkan arahan kepada sesiapa sahaja yang pernah berinteraksi dengan mendiang supaya menjalani kuarantin. Hari ini sahaja KKM melaporkan seramai 45 kumulatif positif jangkitan COVID-19 di Sarawak dengan pertambahan seramai 11 individu baharu.


Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Jumlah positif semakin meningkat

Setakat jam 5 petang tadi pula (17 Mac 2020) seramai 120 individu baharu disahkan positif jangkitan COVID-19 telah direkodkan oleh KKM dan individu daripadanya mempunyai kaitan dengan kluster ijtima’ tabligh di Sri Petaling baru-baru ini. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif positif wabak berkenaan meningkat kepada 673 orang di negara ini. 

Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia

Sharing is caring!