Isu Semasa

Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

Sharing is caring!

Semalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan 12 orang petugas kesihatan awam termasuk tiga orang kakitangan perubatan daripada sektor swasta telah dijangkiti virus COVID-19. Ini terus menjadikan keseluruhan case di Malaysia telah mencecah lebih daripada 1000 angka. Selepas dua orang, semalam Malaysia mencatatkan lagi angka kematian yang ketiga.

BACA: Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Kuarantin, Nekad Naik Bas Travel JB-Kuantan

Antara peserta Tabligh Sri Petaling

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hj Muhamad Bin Bartok telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:27 petang semalam di sebuah pusat perubatan teletak di Tawau. Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah pusara Kampung Pasir Putih Tawau pada jam 10.30 malam. Dia antara 14,500 peserta dari perhimpunan tabligh di Sri Petaling dilaporkan telah dikesan positif pada 9 Mac lalu dan merupakan individu bagi case ke 152 virus COVID-19.


Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

Alami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut  Teruk (SARS) 

Allahyarham telah mengalami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan diberi bantuan pernafasan pada 9 Mac lalu. Tetapi keadaannya didapati semakin merosot sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan pergi buat selamanya.

Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

 

Hanya petugas kesihatan menguruskan pengebumian

Hanya lima orang petugas Kementerian Kesihatan Tawau dibenarkan masuk ke kawasan pengebumian dengan berpakaian lengkap serta memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE). Mereka menguruskan pengebumian menggunakan pengusung pusat kesihatan.


Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

Sumber: Harian Metro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

Sharing is caring!