Viral Artis Inspirasi Isu Semasa Kehidupan

Keterlaluan Kecam Nabil Ahmad Isu Konsert Billie, Cara Teguran Ustaz Ini Dipuji

Keterlaluan Kecam Nabil Ahmad Isu Konsert Billie, Cara Teguran Ustaz Ini Dipuji

Mengalami kerugian sekitar RM2500 kerana terlupa pergi ke konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad bagaimanapun beranggapan hal itu sebagai satu rahmat besar. Malah dia yakin ia merupakan cara Allah mahu mengelakkan mereka sekeluarga hadir ke tempat lagha. Pun begitu, masih ramai yang memberikan kecaman kepada artis itu dengan sangat melampau.

BACA : Beli 5 Tiket Tapi Terlupa Nak Pergi Konsert Billie, Nabil Tergamam Call Isteri

@era.je

Hahaha, buat hal lah @nabilzira . Dia boleh pulak terlupa tarikh konsert @billieeilish . Dia ingat konsert tu ada 2 hari. 😂 #sharERA #3PagiERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Nabil Ahmad baru berhijrah…Kita tak boleh expect dia jadi sempurna & tinggalkan 100% apa yang dia buat dulu

Menyedari sikap segelintir orang yang terlalu keras mengkritik, Ustaz Raja Muhd Al-Mahi sempat berkongsikan sudut pandangnya sendiri. Jelas beliau, pengacara berkenaan dikenali sebagai selebriti yang baru sahaja mendekati jalan hijrah. Sesungguhnya istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah, maka tidak seharusnya Nabil dilemparkan dengan kecaman keterlaluan. Tambahan pula, insiden terlupa pergi ke sana mungkin merupakan 1 cara Allah menyelamatkan Nabil asbab amalan baik yang pernah dibuatnya sebelum ini.

@almahiraja

Semoga kita semua menjadi orang yg tidak terlalu berkeras dalam menyampaikan dakwah , dakwah dengan hikmah jangan merasa rendah dan hina pada saudara islam #almahiraja #dakwahbiarsampai #usrahdbs #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok

♬ original sound – Raja Muhd Al-Mahi 👳🏻‍ ✌🏻 – Raja Muhd Al-Mahi 👳🏻‍ ✌🏻

Kalau ke sana, minta maaf dengan Allah…Kalau boleh, buat solat sunat taubat…Jangan sebar kepada umum

Pendakwah muda ini turut pernah mengulas tentang isu kehadiran ramai orang ke konsert Billie Eilish. Bagi beliau sendiri, rakaman ketika acara berlangsung sewajarnya tidak perlu disebarkan ke media sosial. Hal ini kerana, secara tidak langsung dikhuatiri ramai anak muda memandangnya sebagai perkara biasa. Lebih buruk lagi jika ia membangkitkan rasa teringin untuk pergi ke sana.

@almahiraja

Semoga Allah sentiasa menjaga malaysia dan umat islam seluruhnya ❤️🤲🏻 #almahiraja #dakwahbiarsampai #usrahdbs #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Suka betul cara ustaz berdakwah…Lembut tetapi sampai berbanding yang terlalu kasar dalam menegur

Melalui ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh Ustaz Raja. Malahan caranya yang memberi nasihat dengan penuh hemah dan hikmah telah meraih pujian.

Keterlaluan Kecam Nabil Ahmad Isu Konsert Billie, Cara Teguran Ustaz Ini Dipuji

Keterlaluan Kecam Nabil Ahmad Isu Konsert Billie, Cara Teguran Ustaz Ini Dipuji Keterlaluan Kecam Nabil Ahmad Isu Konsert Billie, Cara Teguran Ustaz Ini Dipuji

Kredit : TikTok Era & Ustaz Raja Muhd Al-Mahi 

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Keterlaluan Kecam Nabil Ahmad Isu Konsert Billie, Cara Teguran Ustaz Ini Dipuji

Facebook

Telegram