Khir Rahman Pengsan, Jborn Bakal Beraksi Berdua Di Muzikal Lawak Superstar?

Siapa yang mengikuti program lawak iaitu Muzikal Lawak Superstar setiap hari jumaat di saluran 132 Astro Warna tentu mengenali Jborn. Jborn adalah antara salah satu peserta trio dalam program berkenaan. Mereka terdiri daripada Joey Daud, Khir Rahman dan Vicha Saywho. Terbaharu, Joey Daud telah memuat naik video di Instagram miliknya berkenaan detik cemas apabila rakan sekumpulannya, Khir Rahman telah pengsan di sebuah lokasi penggambaran. 

BACA: Teruja DS Siti Nyanyi Depan Mata, Lelaki Ini Gelabah Teruk Bila Dihulur Mic

Di bahagian kapsyen, Joey Daud telah meminta peminat Jborn mendoakan kesembuhan pelakon filem Rock itu memandangkan mereka akan beraksi dalam Muzikal Lawak Superstar kurang daripada 24 Jam dari sekarang. 

Kurang rehat

Ketika dihubungi oleh media, Joey memberitahu yang rakan sekumpulannya itu kurang rehat malah cuaca yang panas juga menyebabkan dia pengsan di set penggambaran tersebut. 

Mungkin beraksi tanpa Khir

Situasi ini telah menimbulkan tanda tanya tentang bagaimana persembahan mereka hari ini (Jumaat) memandangkan kumpulan itu biasanya beraksi bertiga. Menghubungi Vicha, dia memberitahu ada kemungkinan yang Jborn akan beraksi berdua kali ini. Dia dan Joey sebolehnya mahu Khir berehat dan sembuh sepenuhnya. 

Tambahan pula, menurut Vicha pihak produksi juga ada meminta mereka berdua (Vicha & Joey) menukar jalan cerita sejurus mendapat berita tentang keadaan pelakon itu. Tidak menolak sebarang kemungkinan, Vicha menjanjikan persembahan yang terbaik untuk Khir. Selepas video itu tular, rata-rata peminat dan rakan artis telah memberikan kata-kata semangat buat kumpulan itu.

Sumber: IG Joey Daud & Gempak

Apa Komen Anda?