Baru-baru ini, keputusan UPU telah diumumkan dan ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak sabar untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka. Namun, bakal mahasiswa terlalu gembira dan harus ingat pada pesanan penting ini.
BACA: Ramai Pelajar Kini Biadap Terhadap Guru Hamil, Dakwa Cuti Lama Punca Tak Pandai
Sebulan sekali keluar dengan kawan pun dah cukup
Menerusi bebenang oleh Haziq Mahmur di Twitter, dia menasihatkan agar adik-adik yang bakal memasuki IPT untuk terlalu seronok ketika berjauhan daripada ibu bapa nanti. Cukuplah sebulan sekali keluar dengan rakan dan belajar untuk mempunyai rasa simpati dengan pengorbanan ibu bapa masing-masing.

Rakan-rakan pun belajarlah memahami keadaan orang lain
Menurut student kejuruteraan biokimia ini, dia juga bimbang jika berlakunya tekanan daripada kalangan rakan-rakan. Oleh itu, bagi pelajar yang lebih bernasib baik digalakkan untuk memahami keadaan rakan lain dan hulurkan sedikit bantuan jika berkemampuan.

Bimbang mahasiswa terlalu risaukan penilaian rakan
Di akhir bebenang itu, Haziq juga menzahirkan kerisauan jika ada di kalangan bakal mahasiswa ini lebih menitikberatkan pandangan rakan berbanding perkara penting lain termasuklah pelajaran. Dia juga mengingatkan bahawa jika pemikiran pelajar IPT rosak, maka masyarakat juga akan menghadapi masalah di masa hadapan.
Sumber: Twitter Haziq Mahmur
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura