“Kompang Dipalu, Kami Setuju!” – Kongsi Foto Manis, Afieq & Wani Dah Tunang?

Sebelum ini, penyanyi muda iaitu Afieq Shazwan dan juga Wani Kayrie pernah dikatakan menjalin hubungan cinta kerana mereka dilihat serasi bersama. Namun apabila ditanyakan hal tersebut, masing-masing seakan mengelak untuk menjelaskan status sebenar hubungan mereka. Namun begitu, foto terbaru yang dikongsikan ke Instagram mula menimbulkan spekulasi kononnya mereka berdua sudah mengikat tali pertunangan.

Sumber : Instagram Wanie Kayrie dan Afieq Shazwan

Jika dilihat, Afieq kelihatan segak dalam mengenakan baju Melayu manakala Wani pula tampil manis bertudung litup. Memuat naik gambar yang sama, mereka berdua juga tidak meletakkan sebarang kapsyen di posting tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Afieq Shazwan (@afieq.shzwn) on

Meskipun begitu, masih tiada kenyataan rasmi dibuat sekaligus membuat ramai terus berteka-teki. Tetapi apabila melihat IG Story Afieq pula, video dan gambar yang dimuat naik seakan menguatkan dakwaan ramai bahawa dia dan Wani telah pun bertunang.

Siapa yang tunang ni?

Doa yang baik-baik…

Semoga dipermudahkan…

Walaupun masih belum pasti, ruang Instagram mereka mula dibanjiri dengan ucapan tahniah.

Kompang dipalu, semua setuju!

OMG tunang ke? Tahniah tau…Semoga kekal hingga Jannah

Bau nasi minyak la…

Sumber : Instagram Wanie Kayrie dan Afieq Shazwan

Apa Komen Anda?