“Konfidennya Oppa Pilih”- Babak Hael Berduet Dengan Akak Sumbang Pecah Perut!

Rancangan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ kini sudah memasuki musim kedua, menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama. Dalam episod pertama yang berlangsung pada malam tadi, artis jemputan yang diundang adalah penyanyi popular, Hael Husaini. Seperti biasa, pelbagai aksi spontan terjadi di set antara para hos, artis jemputan, ahli panel dan juga ke semua peserta yang menghiburkan ramai penonton.

BACA: [VIDEO] Nyanyian Dihentam Sumbang, Dayang Tampil ‘Backup’ Hael Husaini

Dalam setiap episod, artis jemputan akan diberi tanggungjawab untuk memilih penyanyi sebenar ataupun penyamar dalam kalangan 6 peserta. Peserta terakhir yang dapat bertahan untuk berduet dengan artis jemputan akan dikira sebagai pemenang.

Malangnya malam tadi, Hael Husaini telah membuat pilihan yang salah apabila dia menyingkirkan semua penyanyi sebenar dan akhirnya tersilap memilih seorang penyamar yang digelar sebagai Experiwomen setelah diyakinkan oleh panel jemputan, Mark Adam. 

Sampai hati awak Experiwomen 😂

Tak sangka dalam diam anda adalah penyamar 

Ramai pecah perut dan terhibur saat mendengarkan suara sebenar wanita tersebut!

Dengan confidentnya oppa pilih last2..

Berdekah gelak.. lawak

Akak ni memang win.. berjaya mengaburi mata

Dayang belum tentu dapat bawa Haram macam Experiwoman

Masalahnya Mark terus hilang weh

Ini semua salah Mark

Sumber: IG tv3malaysia, haelhusaini, Youtube TV9MALAYSIA Official

Apa Komen Anda?