Kongsi Foto Seakan Merisik, Ramai Naik Menyampah Dengan Joy Revfa?

Sejak sah bercer4i dengan penyanyi nasyid Hafiz Hamidun pada tahun 2017, nama usahawan kosmetik Joy Revfa selepas itu semakin dikenali. Memiliki lebih 300 ribu pengikut di laman Instagram setakat ini, segala tindakan wanita ini sentiasa menjadi perhatian ramai di media sosial. Begitulah dengan kisah percintaan dan perhubungannya dengan mana-mana lelaki selepas Hafiz Hamidun. 

BACA: Tak Perlu Nak Puaskan Hati Sesiapa.. Cukup Jangan Aniaya Orang Lain – Joy Revfa

Jika sebelum ini dia dikaitkan dengan seorang lelaki bernama Faiz, kini Joy dikaitkan pula dengan seorang pelakon ini iaitu Fahmy Reza. 

Segalanya bermula apabila Joy bertindak berkongsi gambar di Instagram bersama anaknya dengan seorang lagi lelaki pada Selasa lalu. Di ruangan kapsyen, Joy Revfa telah membuat hashtag  Alhamdulillah‘ dan juga ‘merisik khabar‘.

Kapsyen yang ditulis Joy membuatkan ramai menganggap ianya adalah satu majlis merisik dirinya. 

Ni majlis ibu ke majlis Aryan?

Kredit foto mStar Online

Walaupun wajah lelaki itu tidak didedahkan sepenuhnya, namun ramai yang boleh mengagak individu tersebut adalah Fahmy Reza berdasarkan baju yang dipakai dan juga jambang di wajahnya. Namun, foto itu telah pun diturunkan oleh Joy daripada ruangan entri Instagram miliknya.  

Ni Fahmy Reza. Cepat betul cari pengganti 

Hal itu membuatkan ramai yang menghentam Joy Revfa kerana sering bertukar lelaki sejak berpisah dengan Hafiz. 

Cer4i tak sempat setahun.. celup yang tu celup yang ni

Lelaki lain pulak. Hari tu lelaki muda

Netizen nampaknya sudah naik bosan apabila Joy Revfa dilihat kerapa bertukar lelaki dalam masa yang singkat. 

Kesian anak tu.. tak sempat nak mesra dah tukar yang lain

Terdahulu, Joy ada berkongsi kebahagiaannya di Instagram kerana sudah berjumpa teman pengganti selepas Hafiz. Walaupun ramai yang mendoakan jodoh mereka, namun akhirnya hubungan Joy dengan lelaki bernama Faiz itu terputus di tengah jalan. 

Sumber: FB mStar Online, IG fahmyreza, KREDIT FOTO mStar Online

Apa Komen Anda?