• Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips
Erin Sakura
  • Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips
No Result
View All Result
  • Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

January 26, 2023
in Artis, cinta * perhubungan
Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”
0
SHARES
2.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Telegram

Majlis sambut menantu keluarga belah suami pelakon terkenal, Reen Rahim pada Ahad lalu mendapat pujian ramai kerana diraikan secara sederhana di samping mengikut adat tradisi Melayu. Lebih mencuri perhatian, pasangan tersebut malah berkongsi pelamin di Parit Changkat, Sungai Besar itu bersama adik iparnya yang terlebih dahulu bernikah ketika musim PKP.

BACA : Ibu Stress Tengok Drama Reen Rahim, Siap Minta Spoiler – “Satu Ayat RM500”

Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

Sederhana tu indah…Alhamdulillah rezeki, mak pak mertua kita rare limited edition

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menzahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar. Dalam waktu yang sama, pelakon ‘7 Hari Mencintaiku 3’ itu juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak kerana bersusah payah memastikan acara buat mereka berempat berlangsung meriah.

View this post on Instagram

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Time ni aku bebel laki jalan laju…tapi macam nak ‘pang’ je adik ipar, ingat nak pergi mana muka macam tu

Aktres berkenaan turut berkongsi kisah lucu yang berlaku sebalik acara tempoh hari. Semasa perarakan masuk para pengantin, dia sempat bebel suaminya iaitu Hazim Zainal Abidin kerana berjalan agak laju. Namun Reen Rahim akui lebih berasa ‘geram’ terhadap adik iparnya, Salam yang mempamerkan muka serius dan tegang tatkala berjalan di hadapan tetamu.

@reenrahimmy

Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu belah cuami.. Sederhana tu indah .. Tp aku macam nak pang je adk ipar aku, die igt die nk pg perang ke muke mem tu anat.. #hazreentilljannah #reenrahim

♬ original sound – Reenrahim – Reenrahim

Geram kat laki, tak pasal-pasal adik ipar pun kena…muka nervous tu macam dia pula yang kahwin dengan artis

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Reen Rahim yang kelihatan gembira diraikan dalam suasana kampung walaupun berstatus artis terkenal. Tidak ketinggalan, mereka turut berseloroh mengenai reaksi spontan adik iparnya dalam rakaman tersebut.

Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

Kredit : IG & TikTok reenrahimmy

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”
Tags: adikgeramiparKONGSIpelaminreen rahim
Baju Kurung Muz Outlet
Next Post
Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

Ibu Mentua Akui Diarah Goda Menantu Sendiri Hingga 'Berprojek' Demi Bolot Harta

Baju Kurung Muz Outlet

Popular

Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

Ibu Mentua Akui Diarah Goda Menantu Sendiri Hingga ‘Berprojek’ Demi Bolot Harta

January 26, 2023
Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

“Gunakan Akal Anda..” – Suami Baru Fatin Afeefa Rakam Adam Shahz Di Mahkamah

January 26, 2023
Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

Suami Enggan Kerjasama Ke JPN, Wanita Sedih Bayi Perlu Dibinkan Nasab Abdullah

January 26, 2023
Kongsi Pelamin, Tapi Reen Rahim Geram Adik Ipar Buat Muka – “Rasa Nak Pang Je”

Dapat Adik Baru, Anak Sulung Usia 21 Tahun Resah Genggam Tangan Ibu Contraction

January 27, 2023

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Hiburan
  • Viral
  • Cinta
  • Family
  • Inspirasi
  • Tips

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)