Sebut sahaja nama Neelofa, sudah pasti ramai sudah mengenali figura ini yang sering diperkatakan di media sosial. Bermula daribeberapa kontroversi yang pernah dikaitkan sehinggalah ketika hari perkahwinannya. Sejak itu, pelakon berkenaan mula berhijrah dan semakin jarang terlihat di kaca televisyen.
BACA: Menghitung Hari Lahirkan Anak Sulung, Suara Neelofa Jelas Mengah Ketika Berucap
Neelofa masih belum bersedia tunjuk wajah anak, beri mereka masa dan ruang
Namun begitu, apa yang paling menarik perhatian adalah situasi anak lelakinya iaitu Bilal. Walaupun baharu 3 bulan dilahirkan, namun ramai mula meminta selebriti itu agar reveal wajah puteranya. Menurut portal Mstar, selebriti tersebut mempunyai alasan sendiri untuk tidak berbuat demikian dan hanya akan dedahkan apabila tiba masa yang sesuai.
Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit
Belum reda lagi mengenai status wajah anaknya, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian di laman TikTok. Hal itu selepas dia berkongsikan video memaparkan keputusan pregnancy test. Namun, terdapat pula netizen yang menyangka bahawa figura itu sedang mengandung anak ke-2. Bagaimanapun, ia rupanya adalah result milik Bilal yang telah disimpan lama sebelum ini. Menerusi sorotan itu, jelas terpancar kegembiraan ketika mendapat tahu dirinya bakal menjadi seorang ibu.
@neelofa Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit #littlenunha #fyp
Sama macam saya, period lewat tak nak check pun…sekali test dah 3 week+ camtu
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan reaksinya ketika pertama kali disahkan mengandung. Selain itu, mereka juga turut meminta agar pelakon itu berkongsikan reaksi daripada si suami pula selepas ini.
Kredit: TikTok neelofa
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
