Isu Semasa Viral

Konon Baru Datang Haid, Remaja 16 Tahun Tergamak Campak Bayi Dari Tingkat 2

Konon Baru Datang Haid, Remaja 16 Tahun Tergamak Campak Bayi Dari Tingkat 2

Sharing is caring!

Sekitar minggu lepas, tular kisah pelajar kolej mencampakkan bayinya dari tingkat 13. Bagaikan mengulang semula tragedi sama, seorang remaja berusia 16 tahun membaling bayinya yang baru lahir dari tingkat 2 di Taman Seri Dermawan, Ipoh semalam.

BACA: Berkecai Otak, Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Remaja 18 Tahun Dari Tingkat 13


Jiran terdengar bunyi kuat seperti sesuatu terjatuh di bumbung rumahnya

Memetik laporan Harian Metro, pihak berkuasa menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan sekitar jam 12. 35 tengah hari. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, saksi yang merupakan jiran suspek terdengar bunyi kuat seakan benda berat terjatuh di bumbung rumahnya sebelum menemukan bayi yang cukup sifat itu.

Konon Baru Datang Haid, Remaja 16 Tahun Tergamak Campak Bayi Dari Tingkat 2

Temui kesan tompokan di cadar serta jerigi tingkap bilik

Selain itu, keluarga remaja berkenaan dikatakan baru sahaja berpindah di kawasan berkenaan dari Batu Caves, Selangor. Apabila diperiksa biliknya, terdapat beberapa kesan tompokan di cadar dan jerigi tingkap kamar berkenaan. Bayi yang ditemukan itu telah dibawa ke sebuah pusat perubatan dan sedang dalam keadaan kritikal akibat kecederaan di bahagian kepala.


Konon Baru Datang Haid, Remaja 16 Tahun Tergamak Campak Bayi Dari Tingkat 2
Gambar Sekadar Hiasan

 

Keluarga tak tahu dia hamil…bila disoal, katanya baru sahaja datang haid

Berdasarkan sesi soal siasat, ibu serta dua adik suspek tidak mengetahui mengenai kehamilan remaja terbabit. Dia juga dikatakan tidak menunjukkan sebarang petanda ingin bersalin dan hanya menjawab sedang didatangi haid apabila ditanya mengenai kesan tompokan itu.

Konon Baru Datang Haid, Remaja 16 Tahun Tergamak Campak Bayi Dari Tingkat 2

Konon Baru Datang Haid, Remaja 16 Tahun Tergamak Campak Bayi Dari Tingkat 2
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini