Siapa saja yang tidak mahukan hubungan percintaan mereka berakhir ke jinjang pelamin? Akan tetapi, kadangkala perkara yang telah lama dirancangkan itu tidak berjalan lancar gara-gara sikap negatif seperti dialami seorang gadis yang menjadi tumpuan di Twitter baru-baru ini.
BACA: Mungkin Bakal Dibenarkan Balik Kampung, Keresahan Pelajar IPT Akhirnya Terjawab

Nak jimat sampai cincin tanda tak nak bagi
Menerusi pendedahan akaun @twtmalaywedding, gadis tersebut meluahkan perasaan kecewa apabila hajatnya untuk menangguhkan majlis pertunangan tersebut gara-gara tempoh PKP telah ditolak oleh teman lelakinya. Oleh itu dia hanya meminta sebentuk cincin tanda sebagai simbolik bakal berkahwin terus, namun sebaliknya ditolak dengan alasan mahu jimatkan kos. Apa yang lebih mengecewakan, jejaka tersebut juga mendakwa dia lebih banyak mengeluarkan wang perbelanjaan untuk tanggung majlis mereka berdua.

Bukannya tidak mampu tapi takut orang lain mengata
Gadis berkenaan mendedahkan bahawa bakal tunangnya mempunyai ego yang tinggi. Dia risau dapat pandangan negatif daripada orang lain hinggakan memaksa diri membeli cincin tunang lebih mahal daripada yang sepatutnya. Malah apabila dicadangkan untuk terus bernikah tanpa kenduri, sekali lagi ia ditolak atas alasan takut orang lain mengata.
Memikul beban yang tidak perlu
Gadis itu juga kesal kerana jejaka itu seakan-akan memikul beban yang tidak perlu sepanjang perancangan kahwin mereka. Namun, gadis berkenaan tetap bersabar kerana dia masih memikirkan sikap baik lelaki itu selama ini. Dia juga mendakwa ini merupakan pertama kali bakal tunangnya itu menunjukkan perangai sebegini.

Sumber: Twitter @twtmalaywedding
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura