Viral

Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut

Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut

Moment paling bahagia dalam setiap perkahwinan adalah apabila si isteri disahkan hamil. Pastinya berita baik ini akan dicanangkan kepada orang sekeliling. Walau bagaimanapun, moment bahagia bagi lelaki ini tidak kunjung tiba apabila sebuah tragedi menimpa si isteri serta anak yang belum lagi dilahirkan.

BACA: Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Wanita hamil hilang nyawa, ditemui cedera di bahagian kepala

Memetik laporan Daily Mail, nyawa seorang wanita Brazil bernama Flavia Godinho Mafra telah melayang akibat kesan kecederaan di bahagian kepalanya. Jasad wanita berusia 24 tahun terbabit telah dijumpai oleh suami serta ibunya di bandar Canelinha, selatan Brazil.

Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut


Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut

Diumpan konon ada baby shower, rakan belah perut & curi bayi yang dikandung

Menurut pihak berkuasa, suspek kepada kejadian ngeri tersebut merupakan rakan Flavia sendiri. Wanita hamil 9 bulan berkenaan telah diumpan konon terdapat sebuah anjuran majlis baby shower untuknya sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Lebih mengejutkan lagi, suspek telah bertindak membelah perut Flavia dan mengeluarkan bayi berkenaan sebelum melarikan diri.

Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut

Suspek pernah alami keguguran, jadi obses untuk mencuri anak orang lain

Kini, suspek bersama suaminya telah diberkas apabila mereka membawa bayi terbabit ke sebuah pusat perubatan. Wanita tersebut turut dikatakan mengalami keguguran pada Januari lepas dan menjadi obses untuk mencuri anak orang lain. Bayi berkenaan pula sedang menerima rawatan dan siasatan susulan bakal dilakukan.


Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Daily Mail

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Konon Hadiri Baby Shower, Wanita Hamil 9 Bulan Ajal Anak Dikerat Keluar Perut

Facebook

Telegram