Viral Antarabangsa

Konon Ikut Resepi Restoran, Sekali Cara Anak Masak Buat Gordon Ramsay ‘Angin’

Konon Ikut Resepi Restoran, Sekali Cara Anak Masak Buat Gordon Ramsay ‘Angin’

Sharing is caring!

Nama dan kemahiran Chef Gordon Ramsay memang tak perlu disangkal lagi dalam dunia masakan. Memandangkan beliau juga bergelar seorang bapa, orang ramai pasti berpendapat yang cahaya matanya akan mewarisi bakatnya kan? Kalau nak tahu betul atau tidak, jom saksikan paparan TikTok milik tukang masak lagenda berkenaan.

BACA: [VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung

Cuba memasak potato gnocchi ikut resepi si ayah

Baru-baru ini, chef berusia 53 tahun itu telah memuat naik video reaksi terhadap cara masakan anak perempuannya. Difahamkan, Holly Anna Ramsay sedang cuba menyediakan juadah potato gnocchi berdasarkan resipi daripada restoran bapanya.

Konon Ikut Resepi Restoran, Sekali Cara Anak Masak Buat Gordon Ramsay ‘Angin’

Tak kupas kulit kentang, cara anak masak buat Gordon kecewa menontonnya

Namun jangkaan ramai bahawa gadis berkenaan mahir memasak nampaknya telah jauh meleset sekali. Gara-gara tidak mengupas kulit kentang sebelum merebusnya, Gordon meluahkan rasa tak berpuas hati ketika menonton cara masakan tersebut. Beliau kemudiannya terus ‘membebel’ kerana sepatutnya Holly lebih mengetahui tentang teknik memasak yang betul.


@gordonramsayofficial

Holly !! I thought I taught you better #duet with @hollyannaramsay #ramsayreacts #fyp

♬ CEO of speaking French – c.est.bon.bon

Tahan diri daripada mencarut, anak sendiri pun tak selamat daripada komen pedas Gordon Ramsay

Oleh kerana chef ini sering terkenal sikap panas baran di kaca TV, netizen terhibur melihat Gordon yang bagaikan sedang menahan diri daripada meluahkan kata-kata kurang enak terhadap anaknya sendiri. Setakat ini, video duet berdurasi 15 saat itu mendapat lebih 4.6 juta tontonan.

Konon Ikut Resepi Restoran, Sekali Cara Anak Masak Buat Gordon Ramsay ‘Angin’

Konon Ikut Resepi Restoran, Sekali Cara Anak Masak Buat Gordon Ramsay ‘Angin’

Konon Ikut Resepi Restoran, Sekali Cara Anak Masak Buat Gordon Ramsay ‘Angin’


Konon Ikut Resepi Restoran, Sekali Cara Anak Masak Buat Gordon Ramsay ‘Angin’

Sumber: TikTok Gordon Ramsay


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!