Viral Tips

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Sharing is caring!

Pokok kaktus berwarna-warni pasti menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan sebagai cenderahati apabila mengunjungi Cameron Highlands. Terkini, seorang lelaki mendedahkan bahawa tumbuhan tersebut merupakan satu bentuk scam kerana dia menjumpai lapisan seakan gam antara bunga dan batang kaktus berkenaan. Terpanggil akan isu tersebut, seorang lelaki tampil memberikan penjelasan.

BACA: Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep

Harini aku nak bongkarkan scam kaktus colourful ni

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Bukan scam…ini namanya teknik grafting

Pengguna Twitter @SolihinYasin menerangkan bahawa keadaan dua tumbuhan melekat tersebut merupakan sebuah teknik pembiakan iaitu grafting atau lebih dikenali sebagai kahwin. Menurut Solihin, pokok bunga kertas berwarna-warni yang sering kita lihat di kampung atau taman ini juga menggunakan teknik sama.

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok
Gambar Sekadar Hiasan

Durian kahwin pun guna teknik yang sama

Selain itu, lelaki bekenaan turut mengambil contoh daripada pokok durian kahwin. Teknik berkenaan melibatkan kepakaran peladang untuk mencantumkan pohon penanti baka kampung dengan pucuk musang king bagi menghasilkan buah durian kahwin seperti yang sering kita dengari.

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok
Gambar Sekadar Hiasan

Gam itu maknanya cantuman yang dilakukan telah berjaya

Mengulas lanjut mengenai gam yang dijumpai oleh lelaki terbabit, Solihin menjelaskan bahawa itu merupakan tanda cantuman dibuat telah berjaya. Antara kebaikan menggunakan teknik ini termasuklah pucuk asal itu dapat mengekalkan baka asli walaupun telah dicantum dengan pokok lain.

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok

Konon Kena Scam Beli Kaktus Colourful, Ramai Tak Tahu Ini Teknik ‘Kahwin’ Pokok
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Twitter @SolihinYasin, Ayie Zaharuddin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!