Konon Mahu Tuntut Saman Mahkamah, Ini Taktik Scammer Ini Paling Teruk & Lawak!

Insiden panggilan tipu atau scammer bukanlah kegiatan jenayah yang baru bertapak di negara ini memandangkan setiap hari ada sahaja laporan yang menyebabkan rugi lebih jutaan ringgit yang membabitkan ramai orang awam. Realitinya, terdapat pelbagai taktik serta modus operandi dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab seperti panggilan mahkamah yang didedahkan oleh seorang pengguna laman Twitter baru-baru ini.

BACA: Baru Nak Beli & Baca Al-Quran, Gadis Mualaf Ini Ditipu Penjual Scammer!

Gambar sekadar hiasan

“Saya peguam…kamu call dari mahkamah mana?”

Menurut lelaki yang ini, dia pernah menerima panggilan daripada wakil sebuah Mahkamah Majistret yang menggunakan nama ‘Mikail’. Oleh sebab curiga dengan panggilan yang tidak diduga itu, maka dia pun mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan perihal di mahkamah.

Ini adalah scam yang paling teruk..

Sambil mendakwa dirinya sebagai peguam, panggilan diterima oleh Hakeem itu terus diputuskan selepas ditanyakan beberapa soalan. Ujarnya lagi, ini adalah antara panggilan scammer yang paling teruk pernah dihadapi. Hal ini kerana pihak Mahkamah tidak mempunyai nombor telefon untuk menghubungi pihak tertentu. Sebaliknya urusan tersebut dikendalikan oleh pihak yang lebih bertanggungjawab seperti peguam plaintif atau anggota polis.

Gambar sekadar hiasan

Diorang target orang tua…jenis dapat call terus paranoid

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian ramai apabila meraih lebih 23 ribu retweets sejak dimuatnaik semalam. Apa yang menarik lagi adalah rupanya terdapat ramai netizen mendedahkan bahawa mereka juga pernah berhadapan dengan situasi serupa. Risau dengan nasib golongan yang mudah tertipu dengan taktik licik ini, rata-rata mereka turut berharap agar masyarakat didedahkan dengan prosedur sebenar bagi sebarang urusan mengenai tuntutan saman atau pihak mahkamah.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter AkemAiman

Apa Komen Anda?