Konon Mengidam Body Kerengga, Lelaki Ini Dedah Kesan Buruk Penggunaan Bengkung!

Penggunaan bengkung di masa kini semakin mendapat tempat di hati orang ramai bagi tujuan melangsingkan badan. Oleh itu, berduyun-duyun peniaga cuba memasarkan produk bengkung mereka sendiri. Namun di laman Twitter, seorang lelaki dikenali sebagai Aush Abdul telah mendedahkan keburukan yang bakal dialami di sebalik penggunaan bengkung. Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih sekitar 12,000 retweets!

Baca : Petua Hamil Guna Kelapa Bakar Ditolak, Ustaz Ini Bidas Semula Kenyataan Doktor!

Gambar sekadar hiasan

Nak tahu betapa tak selamatnya pemakaian bengkung?

Dek kerana penggunaan bengkung agak ketat dan dipakai dalam masa lama, ia boleh menjejaskan permukaan kulit anda.

Material belum tentu selesa…Buat kulit gataI

 

Dalam keterujaan ‘membentuk’ pinggang yang langsing, bengkung rupanya mampu memberi tekanan kepada bahagian tengah badan.

Lama-lama nanti boleh kena ulser…

Oksigen kurang masuk ke dalam badan…

Kalau pakai korset ketat, peluang berlaku contusion adalah tinggi…

Bukan itu sahaja, Aush juga menjelaskan bahawa urat saraf mampu terjejas dengan penggunaan bengkung ini.

Korang akan rasa kebas dekat pinggang ke kaki

Tidak dinafikan bahawa penggunaan bengkung mampu menampakkan sisi langsing anda. Akan tetapi, segala keburukannya perlulah diambil kira oleh si pemakai.

Tak boleh terima badan asal…Lepas tu mulalah depression

Sumber : Twitter Aush Abdul

Apa Komen Anda?