Konon Minta Tunda Pembentangan Lepas Raya, Tapi Bila Tiba Harinya Ramai Lesap!

Majoriti pusat pengajian pada masa kini mengamalkan tugasan yang berbentuk pembentangan khusus untuk mendidik para mahasiswa tentang erti kerja secara berkumpulan. Bila adanya tugasan sebegini, kerjasama antara ahli perlulah wujud dan tugasan perlu diagihkan secara sama rata memandangkan markah juga biasanya dinilai sama rata oleh para pensyarah. Namun, perkara sebaliknya pula berlaku seperti kisah yang diceritakan oleh seorang gadis di Twitter baru-baru ini.

BACA: Dihalang Konvo Sebab Pakai Baju Biasa, Sikap Pensyarah Ini Amat Menyentuh Jiwa!

Memandangkan kelasnya mempunyai banyak sesi pembentangan sebelum hari raya, maka mereka bersepakat untuk meminta seorang pensyarah ini menunda tarikh pembentangan berkumpulan untuk subjek tersebut selepas hari raya, iaitu pada hari Isnin.

Malang sekali bila tibanya hari dan masa yang ditetapkan, ramai pelajar tidak menghadirkan diri kerana belum pulang beraya. 

Presentation cancel sebab ada orang pentingkan diri…

Kesian kat orang yang dah datang dan prepare

Sorang tak hadir semua fail!

Yang tak datang tu jenis tak tau priority

Perkara itu ternyata mendatangkan kemarahan ramai netizen melihatkan sikap pentingkan diri segeIintir pelajar di kelasnya.

Ada juga yang cuba menyalahkan pensyarahnya kerana menetapkan tarikh pembentangan pada hari raya.

Jangan salahkan pensyarah.. kami yang pilih tarikh tu

Pembentangan yang sepatutnya dibuat pada hari Isnin akhirnya ditunda pada keesokan harinya atas keputusan pensyarah. Malah, atas pertimbangan pensyarah itu juga, dia memberi peluang dan kelonggaran kepada pelajar yang duduk jauh untuk membuat pembentangan tersebut secara atas talian menggunakan aplikasi FaceTime. 

At least boleh selamatkan markah awak

Ada classmate salah beli tiket dari Sabah

Pembentangan berkumpulan secara FaceTime

Terkini, pembentangan yang diadakan semalam telah disambung pada hari ini. Namun, masih ada pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri dan datang lambat meskipun sudah diberikan peluang. 

Pensyarah marah.. dah cakap pukuI 9, ada jugak yang datang 9.20

Sumber: Twitter hazelmikey

Apa Komen Anda?