Konon Nak Bagi Nasihat ‘Deep’, Namun Abu Sufyan Terus Dikecam Netizen Sebab…

K0ntroversi rumah tangga ustaz selebriti bernama Abu Sufyan mendapat kecaman yang sangat hebat sebelum ini. Walaupun ia sudah diselesaikan secara baik oleh pihaknya, Abu Sufyan terus-terusan menerima hentaman sehingga kini. Terbaru di Twitter, namanya sekali lagi menjadi bualan hangat selepas dia muncul dalam sebuah rancangan di televisyen bersama isteri barunya, Hana Azraa.

Baca : Jangan Tunggu Porak-Peranda, Ikuti Tips Elak Main Kayu Tiga Dalam Rumah Tangga!

Dalam rancangan berkenaan, Abu Sufyan mula menceritakan detik awal ketika mengejar cinta Hana.

Namun begitu, ramai yang berasa marah kerana dia seperti tidak merasa bersalah dengan pendedahan tersebut. Padahal ketika itu, dirinya masih lagi bergelar suami kepada Ain ‘Afini.

“Lepas dia berpisah, saya memang try dia gila-gila…”

Dalam pada itu, Abu juga sempat memuat naik foto serta caption ke Instagramnya. Kenyataannya itu seolah-olah ditujukan kepada netizen yang tak habis-habis mengecam perbuatannya.

Selagi mampu cakap, cakaplah…Semua akan diadili depan Allah

Mungkin niatnya hanya sekadar mahu menitipkan nasihat, namun pihak netizen mula menyelar semula Abu Sufyan.

Sudahlah kau…Kau tak layak nak advice orang

Tak boleh pandang baik sebab awak pisah dengan isteri mengandung

Kau pilih buat silap…Pastu acah-acah post macam ni

Sumber : Twitter Farahanies dan puabu.official

Apa Komen Anda?