Family Hiburan Viral

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Sharing is caring!

Sebut saja mengenai hari ulang tahun kelahiran, kita semua pasti gembira apabila moment tersebut disambut penuh bermakna bersama keluarga atau sahabat-handai. Walaupun begitu, ada kalanya birthday surprise yang dirancang tak berhasil gara-gara kejadian yang tak terjangka seperti dalam video tular baru-baru ini.

BACA: Pengantin Syukur Selamat Bernikah Online, Sekali Pandang Persis Pengumuman Raya


Tiba-tiba angin kipas meniup ke arah tulisan atas kek

Pemilik akaun Twitter bernama @aisyhisyamm ini telah berkongsi detik-detik manis kejutan sempena birthday salah seorang ahli keluarganya. Akan tetapi, kejutan itu bertukar menjadi ‘tragedi’ apabila tulisan pada kek ‘diterbangkan’ oleh angin kipas sebelum hinggap pada seorang lelaki berbaju putih yang sedang khusyuk menjamu selera.

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Boleh sambung makan walaupun ada krim di muka

Walaupun sebahagian daripada kepala dan mukanya mempunyai kesan krim berwarna-warni daripada tulisan kek itu, lelaki berkenaan terus sahaja menyambung menjamah makanan di hadapannya. Akhirnya, sambutan hari jadi itu tetap diteruskan walaupun kejutan yang dirancang tidak menjadi.


Aduh… dah la dia pakai baju putih…

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen sangat terhibur dengan video yang berdurasi kurang dari seminit itu. Bagi mereka, reaksi selamba lelaki berbaju putih itu cukup mencuit hati walaupun ada yang rasa bersalah pula kerana ketawa apabila menonton rakaman berkenaan. Setakat ini, video itu mendapat 5 ribu retweets dan lebih 46 ribu tontonan.

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Sumber: Twitter @aisyhisyamm


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Konon Nak Buat Kejutan Hari Lahir, Sekali Ada Benda Lain Pula Yang ‘Terbang’

Sharing is caring!