Viral Family Keibubapaan

Konon Nak Rakam Reaksi Surprise Senyap-Senyap, Sekali Anak Jiran Kantoikan Pula

Konon Nak Rakam Reaksi Surprise Senyap-Senyap, Sekali Anak Jiran Kantoikan Pula

Sharing is caring!

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik buat cahaya mata masing-masing. Meskipun mengalami kesempitan wang terutamanya di tengah-tengah bulan, permintaan anak pasti akan cuba ditunaikan sebaik mungkin. Begitulah yang dilakukan oleh ibu ini buat zuriatnya. Melalui akaun TikTok, Nora merancang untuk merakam secara sembunyi reaksi permata hatinya mendapat hadiah.

BACA: Ibu Bapa Jangan Cepat Naik Angin, Ada Cara Untuk Elak Anak Kencing Malam

Nak rakam reaksi secara senyap, sekali anak jiran datang buat spoil pulak

Ketika berada di dalam kereta, pelajar lelaki itu kelihatan sangat gembira apabila mendapati ibunya membelikan jam tangan yang diidam-idamkan. Ketika moment mengharukan itu berlaku, seorang pelajar perempuan yang merupakan anak jiran mereka memasuki kereta. Matanya terus sahaja ternampak telefon bimbit Nora walaupun sudah ditetapkan skrin menjadi gelap kerana ingin merakam detik manis tersebut secara sembunyi. Meskipun sudah ‘terkantoi’, budak lelaki berkenaan tidak mengambil pusing mengenai perkara itu dan terus mengucup pipi ibunya dengan penuh kasih sayang sambil mengucapkan terima kasih.


@nora_kema

Demi mu anak…nyawa pun makkk akan pertaruhkan..skali kantoi la pulak dgn anak jiran…padahal dah gelap kan hp..tajam betui mata dia..😆#peninsular

♬ original sound – Nora_kema – Nora_kema

Kalau tak sayang mak, tak tahulah nak cakap apa… Anak jiran pun sporting betul

Selain memuji keperihatinan dan kasih sayang ibu ini terhadap cahaya matanya, ada juga kalangan netizen yang terhibur dengan reaksi pelajar perempuan itu apabila ‘kantoikan’ Nora. Secara keseluruhannya, video berdurasi 28 saat itu mendapat lebih 100 ribu tontonan di TikTok sejak dikongsikan beberapa hari lalu.

Konon Nak Rakam Reaksi Surprise Senyap-Senyap, Sekali Anak Jiran Kantoikan Pula

Konon Nak Rakam Reaksi Surprise Senyap-Senyap, Sekali Anak Jiran Kantoikan Pula


Konon Nak Rakam Reaksi Surprise Senyap-Senyap, Sekali Anak Jiran Kantoikan Pula

Konon Nak Rakam Reaksi Surprise Senyap-Senyap, Sekali Anak Jiran Kantoikan Pula

Sumber: TikTok Nora_kema


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini