Sama ada golongan masyarakat yang muda ataupun tua, ada saja individu yang terjerat dalam sindiket penipuan atas talian atau online scammer. Tak dinafikan bahawa penjenayah kini sangat cilik apabila berjaya mengaut untung hingga berjuta atau ratusan ribu ringgit gara-gara terpedaya dek ‘lakonan simpati’ mereka.
BACA: ‘Kalau Nampak Budak Kecik Minta Duit Kat Kedai Makan, Tepi Jalan.. Jangan Bagi’
Remaja Form 2 kenal ‘gadis’ melalui iklan di Facebook…kerap berhubung & siap main PUBG sama-sama
Baru-baru ini, seorang remaja berusia 14 tahun telah terpalit dalam ‘Love Scam’ dan semuanya bermula menerusi perkenalan dengan seorang gadis di sebuah iklan penjualan telefon di aplikasi Facebook. Sejak itu, dia telah jatuh cinta dan kerap menghubungi individu yang menggunakan nama Dea Anis tersebut menerusi aplikasi WhatsApp serta permainan video PUBG.

Buah hati minta bantuan untuk pinjam wang…terjerat & hulur hampir RM300k guna 21 transaksi
Sepanjang tempoh perkenalan kira-kira 4 bulan, gadis tersebut telah mohon bantuan untuk meminjam wang dan hasrat itu telah dipenuhi. Remaja berkenaan difahamkan telah menanggung kerugian sebanyak RM295,950 daripada duit simpanan dan hasil pinjaman daripada keluarganya. Dia malah telah melakukan 21 transaksi kepada 2 akaun berbeza ke atas nama individu yang lain. Selepas mengetahui penipuan tersebut, bapa remaja berkenaan terus membuat laporan polis dan insiden itu masih lagi dalam siasatan.

Sumber: Portal Harian Metro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
