Konon Promosi Filem, Tapi ‘Baju Banduan’ Wak Doyok Dikritik Tak Masuk Akal!

Pembawaan pelakon ketika memainkan watak masing-masing adalah aspek penting dalam keberkesanan sesebuah filem atau drama. Bukan sahaja perlu pandai memainkan watak, malahan penampilan pun kenalah sesuai. Namun lain pula ceritanya dengan Wak Doyok apabila dia terlibat dalam pembikinan filem Abang Long Fadil 3. Gambar yang baru dimuat naik ke Twitter untuk mempromosikan filem itu mula mendapat kritikan.

Baca : Mamat Sepet Ni Siapa, Famous Ke? Pakcik Ini Buat Peminat GobIin Meroyan!

Dia dilihat bergambar dengan 2 lagi pelakon lain iaitu Hairul Azreen dan juga Johan.

Komanda Paskal turun pangkat…

Namun begitu, mata netizen mula tertumpu kepada penampilan banduan Wak Doyok yang kelihatan agak fit jika dibandingkan dengan Johan yang turut memakai uniform yang sama.

Lawanya Wak punya baju lokap…Fit badan

Baju Wak boleh buat baju raya…

Nak masuk lokap pun handsome ke Wak? Smart betul

Turut menyedari perkara itu, seorang netizen wanita mula mengkritik penampilan Wak Doyok yang disifatkan terlalu ‘kemas’ untuk watak seorang banduan.

Watak menjiwai mereka, bukan mereka jiwai watak

Cerita kartun Toys Story pun lawak tapi ada jiwanya

Kalau habaq “promote diri sendiri” lebih sesuai rasanya

Sampai sekarang Melayu hanya bangga dengan filem P. Ramlee

Meluat dengan filem Melayu…Watak sampingan tak dikembangkan

Disarankan tinggal otak kat luar…

Sangat tak kena modelling terjun ke lakonan…End up jadi kayu

Mendapat hampir 3000 retweets, ada juga netizen yang sangat bersetuju dengan kritikan wanita ini kepada Wak Doyok.

Orang bagi baju dah elok, tapi sampai kat Wak dia pergi alter

Jiwa tu takda, penjiwaan watak kelaut…Lepas tu perasan segak

Sumber : Twitter Wak Doyok dan Miss

Apa Komen Anda?